15 Disember 2015

Perancangan Dia yang terbaik.


2015 
Akan melabuhkan tirai beberapa minggu lagi. Perancangan 2015? Of course lah banyak yang belum tertunai. Lagi-lagi yang nak turunkan berat badan tu kan! Haha. Kita hanya mampu merancang, Dia juga yang menentukan.

2015
Semua yang manis dan pahit seimbang je I rasa. Tunggu lah i buat HIGHLIGHT nanti. Itupun kalau rajin. :p

2015 
Awal tahun, dihadapkan dengan berita sedih, kehilangan orang tersayang.
Alhamdulillah, penutup 2015, Dia gantikan dengan sesuatu yang gembira bagi mengisi kekosongan.


Terima kasih Allah, atas nikmat yang tak pernah kurang. 
Terima kasih Allah, atas segala kasih sayang yang tak pernah pudar walaupun amalan ada masa lompong dek hasutan Syaiton! Astaghfirullah.


2016.
Selamat tinggal KPI yang telah dirancang, ada separuh daripadanya terpaksa dipadam terus.
Mana yang rasa boleh, Insha Allah akan diteruskan.

1. KPI sukan, bye! Takde dah USIMFIT. kena tukar USIMFAT. Kahkahkah. Bye SUKUM2016 =(
2. KPI kerjaya, kalau lulus, akan dipertimbangkan. Semoga dipermudahkan jalan. Kalau takda rezeki, kita tukar ke plan B. Semoga USIM16 Ain akan tercapai. 
3. KPI berat badan. Sila rujuk KPI 1.
4. KPI anak di tahun 2017. Lupakan. Dia bagi rezeki awal. Dia lebih mengetahui segalanya.
5. KPI kualiti keluarga. Terpaksa hold cuti-cuti keluarga. Bagi laluan pada hal bersalin dan ahli keluarga baru.
6. KPI kawan-kawan. Kau hado? Haha. Hakak hado. Kena plan aktiviti yang lite-lite je lah ya. :p
7. KPI aktiviti lasak. Hmmm. Jadi pemerhati je lah or foward ke 2017.


Sampai sekarang masih cuba hadam. 
Semoga segalanya akan baik-baik sahaja.

Kita hanya mampu merancang.
Dia juga menentukan.

Ingat Ain, perancangan Dia adalah yang terbaik.

Selamat datang Iman 'R' ketiga.
Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.



3 ulasan: