09 Disember 2015

Broga Bliss Eco Garden, Semenyih

Dulu, masa emak ada lagi, dia selalu cakap,

Mak dah takda besok, macam manalah agaknya, anak-anak balik lagi ke? Berbaik-baik lagi ke tak?

Insha Allah mak, selagi Ain ada, Ain akan sentiasa cuba satukan semua anak-anak emak.
=)

So, last week, I organize kan lagi Family Gathering adik-beradik ibu I. Walaupun tak semua dapat hadir, jadilah kan. Tetap semua dapat berjumpa, beramah-mesra sesama saudara.

Tempat pilihan kali ini adalah Broga Bliss Eco Garden di Semenyih, berdekatan dengan Broga Hill.


Since konsep tempat ini adalah back to nature, so, datang jangan nak berlenggang sahaja. Silalah bawa bekalan seperti yang diminta ya.


Kadar bayaran bilik di sini dikenakan mengikut kepala/pax. Contoh, kalau datang berlima, dia akan sesuaikan bilik dengan jumlah kita, so bayaran adalah RM68 x 5 orang.




Tempat ini adalah private property. So, memang hanya orang-orang yang tertentu sahaja lah yang ada di setiap masa. Setelah daftar masuk, setiap ketua atau person in charge untuk program akan diberikan remote gate bagi tujuan keluar masuk. Takda remote, memang menunggulah kau di luar pintu.


Kolam renang juga ada disediakan di sini. As konsep dia kan back to nature, so air kolam ini adalah air dari bukit yang sejuk kan main. Iman Reezqy baru berendam sekejap dah menggigil-gigil tak nak mandi dah. Haha.



Di setiap bilik yang boleh menempatkan 7, 5, 3 dan 2 orang, ada disediakan tandas dan tempat mandi. Alat penghawa dingin juga disediakan.


Di sini juga disediakan peralatan untuk memasak dan BBQ. Jika hendak oder makanan sekali, harga akan dicas lain.


Kat belakan tulah tempat tidur yang disediakan. Ala-ala macam hostel. Since kami ada 15 orang, masa program tu kami bahagi bilik antara lelaki dan perempuan. Ni time tengah tahlil ni, so, semua masuk sekali kat bilik lelaki.












The organizers yang kalut mengurus program dan mengurus anak sama, terus termengurus anak ketiga, eh! Haha.



Alhamdulillah, segala program yang dirancang berjalan dengan jayanya. Bermula dengan berkumpul, majlis tahlil, BBQ, makan sampai lebam, mendaki Broga dan diakhiri dengan sesi fotografi.

Walaupun pada mulanya Pak Long agak mati kutu  sebab takde TV, cousins dan adik panas bontot sebab tak dapat bersosial dengan telefon sebab line tak berapa ok, Wifi pula suam-suam kuku, tepi time ni jelah yang ada untuk semua berborak sakan sampai lebam.

Terima kasih Broga Bliss Eco Garden! Panjang umur, murah rezeki, nanti kami datang lagi ya =)

7 ulasan:

  1. SENYUM dan ucapkan ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih izinkan kita bersama mereka yang kita SAYANG..

    BalasPadam
  2. "Bahagia yang sesungguhnya tidak menyakitkan diri kita dan dirinya"

    BalasPadam
  3. "Bahagia yang sesungguhnya tidak menyakitkan diri kita dan dirinya"

    BalasPadam
  4. Babymoon rupanya ko kak!
    Tahniah! :)
    Jaga diri.

    BalasPadam
  5. Assalam sis..nak tnyer...1 pax RM68 tu sis pgi waktu bile thn lps ker...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, pergi bulan dis last year. RM68 tu promo time cuti sekolah rasanya.

      Padam