18 November 2015

Lexis, Port Dickson

Lexis di Port Dickson, ada 3 jenis ya. I pun baru tahu sebab bila berbengkel di sana  penceramah serta pensyarah boleh sesat barat disebabkan 3 jenis Lexis yang berbeza ni. Semua Lexis ni under Lexis Hotel Group.

Ada yang dah terlajak jauh ke Lexis Hibiscus. Ada yang dah termasuk ke Grand Lexis. Hadoii ai, as urusetia, kenalah explain direction dan tiba-tiba jadi tahu ada 3 Lexis rupanya.

1. Lexis Port Dickson (ada water chalet, tapi takde private pool dalam chalet)
2. Grand Lexis Port Dickson (bersebelahan Lexis) - ada private pool dalam bilik
3. Lexis Hibiscus (Jauh dari kedua-dua Lexis di atas) - paling terbaru dan paling termahal. Haha!

So, last weekend, kampeni I berbengkel di Lexis Port Dickson. Govermant rate kan, so, takat Lexis tu je lah yang mampu. Maka, meh la kita menjayakan bengkel tesebut.

Adik the cheeky & naughty boy. Tengok muka pun dah tahu kan? Tu yang belakang tu tengah melalak lah tu lepas kena usik dengan si adik.

Haih lah si adik! Nyempat aja kau touch si kakak! Perjalanan selama sejam ke PD tu memang stress dibuatnya sebab nak mengadap tak duduk diam si adik dan raung si kakak.

Selamat tiba di Lexis PD, mendaftar  dan diberikan bilik. Kami diberi pilihan untuk bilik water chalet atau tower. Event bilik tower lagi besar, i tetap pilih water chalet juga sebab nak merasa dok atas air lah kononnya. Lepas tu dapat bilik yang menghadap bilik lain je sebab nak dekat dengan urusetia yang lain. Ada bilik yang mengadap laut, tapi I taknak sebab takutkan tsunami (tetiba) dan buaya (pun tetiba). Haha!

Untuk  yang ada ahli keluarga ramai,   bilik tower premium seaview amat sesuai sebab ada dua katil king dan ruangnya luas.


So, inilah water chalet yang tak mengadap laut. Jadilah, bilik free kot, so memang tak banyak cerita. Kita hadap je lah.
Nampak si Adik, ke hulu hilir di usungnya pelampung tu sebab tak sabar nak masuk air.



 Pensyarah I kata, bilik di Lexis ni tak shariah compliance sebab masuk-masuk je hadap toilet dulu. Haha. Hadapkan je lah. Tapi memang betul pun. Nampak bathtub tu? Sebelah dia tu toilet nak melepas hajat, sebelah toilet tu pintu masuk. Depan bathtub, ada nampak macam cermin, tu tempat mandi. Sebelah tempat mandi, ada pintu masuk ke katil yang di atas tadi.

Hadaplah chalet orang lain ye nak. Mak kau ni takut buayalah, tsunami lah, so takat di situ jelah. 

Ruang bengkel yang luas hamat. Ballroom terus dibaginya. Hamik kau!

Moh la kita berbengkel sampai lebam!

While Mami berbengkel, Daddy melayan anak-anak mandi kolam. Penat mandi di bilik, diusungnya anak-anak mandi di kolam luar pula.



Ha, bangunan putih yang korang nampak penuh tu lah bilik tower premium sewview. Yang belah kiri, nampak sikit je tu, itu Grand Lexis. Lexis Hibiscus? Eh, sila google lah :p

Lepas berbengkel, kita bermesyuarat pula. Terus sitting arrangement ditukar.









Si kakak suka duduk sini dan I pula seriau takut cermin tu pecah. Haha! Seriau tak bertempat nau.


Pada  yang nak bercuti, yang jenis suka dok bilik terperap sambil nak tenangkan fikiran setenang-tenangnya, I rasa memang berbaloi kalau pilih Lexis dan adik-beradiknya.  Lagi-lagi kalau yang ada private pool tu kan, memang sambai lebam lah anak berendam.

Yang best di  Lexis,

1. Bilik Water Chalet nya memang lawa.
2. Bantalnya sedap lahai. Rasa nak tidur je tak nak bangun-bangun.
3. Makanan di cafe sedap. Tapi bila tempat makan kami dipindahkan ke depan Ballroom, jadi terhad pilihannya dan rasa jadi kurang.
4. Satu bilik satu password wifi
5. Staf ramah tamah
6. Ada disediakan service berbasikal di sekitar water chalet, RM5 untuk setengah jam.


Yang tak best di  Lexis,

1. Kalau nak berbengkel atau berseminar, eloklah pilih bilik tower. Kalau pilih water chalet, berkicap ketiak nak berjalan sebab tempat bengkelnya di bawah main building. Boleh dapatkan khidmat buggy, tapi kena tunggu lah dan kena set time betul-betul kalau awok urusetia.
2. Hmmm, dengan Lexis ni, kalau nak  deal, kena betul-betul lah. Dia boleh ikut suka hati dia je tukar kalau takde black & white. Bilik, pun dia suka hati mak dia je nak bagi ikut senang kerja dia. Eh!
3. Dari parking nak ke water chalet jauh. So, kalau tertinggal selipar dalam kereta tu, memang tak rajinlah nak pergi mengambilnya. Sebab itulah, dari berbengkel hingga ke kolam renang, i bersepatu sahaja. *jeling Azreen

Ok dah. Mood menulis sekarang ni di awang-awangan je lah. Malas lebih.

So, pagi-pagi gosok gigi, kalau rajin I menulis lagi!
Tata kawan-kawan.

3 ulasan:

  1. hari hari makan buah duku,
    sila lah update selalu..

    Hihihihi :)

    Fuhhh fuhhh kak, rajin2 update belog..
    Nak blogwalking blog akak selalu ni..

    BalasPadam
  2. ngek! buaya pon ade ke, hahahaha

    BalasPadam