Isnin, 30 November 2015

Duta fit.

Saya pelik macam mana akak boleh dipilih jadi duta fit (gelak berdekah). Tengok saiz macam tak kena ja.

Kenapalah dia kan, macam dah takda orang lain? Ramai lagi yang slim melim.

Banyaknya  makan. Macam ni ke duta fit? Kahkahkah.



Kan main tau statement. Sentap hakak dik! Haha. Kurus tak bermakna kau sihat, gemuk pun tak semuanya yang tak kuat dan tak fit. Ye tak dik?



Kadang-kadang, yang kurus ni, lagi berderet kot penyakitnya. Sebabnya, dah selesa dengan fizikal yang ada, terus tak bersenam, makan lagi benda berminyak, bergula dan sebagainya, tanpa sedar lagi banyak penyakit senyap yang menyinggah.  

So, pada yang rasa ragu-ragu, pelik, penat memikir kenapa I dipilih, meh sini I nak terangkan sebab musababnya.   =)


UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK)

I terima lantikan ini bukanlah sebab I selalu post segala aktiviti I kat IG atau FB. I terima lantikan ini, bukanlah sebab I selalu terlibat dengan aktiviti universiti. I terima lantikan ini bukanlah sebab I pergi bodek bos besar sana sini. I terima lantikan ini bukan juga sebab I ada kawan baik kat Pusat Sukan, so dia yang melobi.

Tidak, tidak dan tidak sama sekali.

Lantikan diterima sebab I telah lulus dengan cemerlang dalam UKJK. Dapat emas lepas menjalani ujian yang setiap aktivitinya rasa macam nak tercabut nyawa. Lagi-lagi bila kena lari 2.4km tu. Haha.

UKJK ini adalah ujian yang diguna  oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menilai aspek penting dalam kecergasan fizikal bagi mendorong kepada perubahan cara hidup yang lebih positif (Google, 2015).

Sebelum melalui ujian ini, setiap peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu bagi mengenalpasti  dia layak atau tidak untuk mengambil UKJK. Once peringkat kesihatan dah lulus, baru boleh ambil ujian.

Keputusan rasmi UKJK Dak Ain.

Dalam UKJK USIM ada 5 aktiviti yang perlu dilakukan:

1. Bangkit tubi
2. Tekan tubi
3. Lompat Jauh
4. Duduk dan jangkau.
5. Larian 2.4km

Kalau tengok skor atas tu, I tak dapat markah penuh pun untuk semua aktiviti time ujian tersebut. Markah cukup-cukup makan je. Lagi-lagi yang larian tu sebab I lagi banyak berjalan dari berlari. Duduk dan jangkau lagi lah tak terjangkau sebab lemak berlipat dan perut buncit. Haha.

So, sampai sekarang, I masih lagi mencabar diri untuk dapatkan at least 4 markah atau markah penuh untuk aktiviti  larian dan duduk dan jangkau. 

Malam-malam kat rumah pun, agak-agak anak-anak dah tidur tu, memang I ambil timer, terus buat bangkit tubi dan tekan tubi. Setakat ini, memang dah lepas dah skor ujian yang lama. Duduk dan jangkau pula, setiap kali lepas bangun tidur, memang cuba lah capai ibu jari kaki dan lebih lagi. Pagi-pagi kan tulang-temulang lembut lagi, tu yang selalu buat time bangun tidur tu. 

Untuk larian sahaja, masih berat lagi nak lepas bawah 18 minit. Kalau dapat bawah 15 minit lagi bagus, tapi faktor usia dan berat badan kot, kalau dapat 18 minit dah kira besar rahmat bagi I. Haha. Kena lari setiap hari kot baru boleh capai. Ini takat lari sebulan dua tiga kali je memang tak la. Lompat jauh, nak practise selalu takut jatuh lak rahim. Ada aje alasan padahal, dah hujung-hujung tahun ni, mood nak bersenam dah merudum! Kahkahkah.

Ni dah dilantik jadi duta ni, memang kena lagi maintain lagi markah ujian. Takkan nak biarkan markah jatuh lagi rendah kot kan? Big bos pun dah bisik, KPI next year at least satu gunung kena daki. Hmmmm, tengokla ya bos. 

Masalah mak-mak macam I ni, kalau nak pergi mana-mana fikirkan anak je nak letak mana. Kalau boleh, aktiviti tu boleh hangkut semua, lagi bagus. So, takdelah tengah beraktiviti, kepala dok fikir anak suami. 

Tanggungjawab jadi duta ni besar. Lagi besar tanggungjawab nak mengekalkan apa yang diperolehi sekarang dan mempertingkatkan lagi ke arah yang lebih baik. Tapi, itu semua cabaran yang perlu digalas. Insha Allah, kita buatlah mana yang termampu.

Kepada warga USIM, jom sama-sama ambil ujian ni dan cabar diri. Lagi elok, setiap jabatan request dari Pusat Sukan untuk jalani ujian so kita boleh tahu takat mana prestasi kesihatan kita. Jom, sama-sama memperbaiki kesihatan diri.

Mana tahu kot Pusat Sukan USIM baik hati, lepas ni dia bagi reward pula pada yang lepas Ujian. Siapa tahu kan?

=)


1 ulasan:

  1. tahniah nok...aku salute dengan ko...
    bukan calang2 orang boleh buat latihan mcm ni tau...
    kena berdisiplin dan ada komitmen...
    aku sendiri ngaku tak mampu buat mcm apa yg ko buat...
    tahniah!!
    terbaekkk!!

    BalasPadam