15 Oktober 2015

Krabi, kami datang lagi: iECONS 2015

Alhamdulillah, hujung bulan September yang lepas, kampeni I telah berjaya mengadakan seminar yang untuk pertama kalinya diadakan di luar Malaysia. Ini bagi merealisasikan hasrat universiti yang ingin menjadi peneraju integrasi ilmu naqli dan aqli di rantau ini menjelang 2016. #USIM16

Sebab seminar ni jugalah, bulan Mac yang lepas, I telah dipaksa mengikut rombongan kampeni ke Krabi untuk mencari rakan kerjasama. Paksa, paksa pun I rela. Haha!

Bila nak adakan program ni, faham-faham je la kan dia punya cabaran. Kalau dalam negara pun dah haru biru, buat di luar negara, memang lagi double triple lah. Dengan perbezaan bahasanya, culturenya, protokolnya haha, memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi sehingga program selesai.

27 September 2015 (Ahad)

Masa penerbangan kami adalah 28 September 2015, pukul 7.00 pagi. Bas Universiti pula akan ambil kami di Fakulti pukul 3.00 pagi. Oleh kerana banyak lagi barang yang belum siap dibungkus, maka kami telah bersepakat untuk berada di Fakulti pukul 11.30 malam, hari Ahad tu.

Kononnya, kalau siap packing awal, hajat di hati nak la melelapkan mata. Dapat sekejap pun jadi lah. Tapi nan hadonya lahai. Team protokolkan, selagi belum habis majlis, jangan harap kau nak bersenang-lenang ya Ain. Maka, mengeditlah kita tertib aturcara yang asyiklah berubah sini dan sana T_T 

Walaupun pada mulanya, janji bos I, program kita biasa-biasa je takde protokol, tapi janji tinggal janji je lah nampaknya sebab lagi dekat program, eh, lagi macam-macam yang bertambah.


Elok je jam 5 pagi, kami  yang tanpa tidur ni telah berada di KLIA2. Muka tetap kena ceria sebab pergi ditajakan, mana-mana boleh masam muka. Kena senyum, ceria, gembira tanda kita bahagia ditaja. Kahkahkah.




Pukul 7 lebih waktu Krabi, kami selamat sampai. Kaunter imigration Krabi pun baru nak buka, maka menunggulah kita. Beratur bersama-sama kami time tu juga adalah rakyat Malaysia yang berpasang-pasangan datang untuk berbulan madu agaknya. 

Kat Krabi ni, kami dapat bantuan daripada Alumni USIM, En Rushdi. Sepanjang program kat sini, memang dia dan team dia yang banyak bantu kami. Tanpa pertolongan dia, memang banyak benda yang tak dapat nak disettlekan.

Oleh kerana kami sampai awal, memang menunggulah kau untuk bilik disiapkan. Siap baring di lobi hotel lagi. Haha. Barang-barang seminar pula dah diangkat masuk ke bilik operasi.

Elok je dapat kunci dan hantar barang-barang ke bilik dan makan tengahari, terus, masing-masing memulakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Team logistik berulang-alik dari hotel ke airport mengambil tetamu mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Team protokol  menyiapkan setting di dewan dan bilik concurrent. Team pendaftaran dan sekretariat pula  bergotong-royong menyiapkan beg seminar dan lain-lainnya juga. Semua kena cerita satu-satu dengan jelas. Bukti, kami pergi bekerja, bukan bercuti semata-mata. Nampak tak, buat kerja tu. Nampak?

Tak menang tangan nak siapkan itu ini, ada juga barang tak cukup lagi. Teruslah hakak kena pergi beli barang. Time ni En Rushdi tak ikut, maka, pandai-pandai lah kau nak berurusan beli barang.

Selesai beli barang, makan malam, mandi, buat apa yang patut, terus pukul 8.30 dah ready dengan Juru acara untuk raptai Hari Pertama. Membawa ke pukul 12 malam jugalah habisnya sebab sambil raptai, sambil betulkan setting mana yang patut, sambil susun sitting arrangement, final touch up nak bagi siap semua.

Balik bilik pun,masih belum boleh lelap mata, sebab teks ucapan untuk majlis perasmian banyak lagi yang perlu diperbetulkan.


28 September 2015 (Isnin)

Hari pertama seminar, Alhamdulillah, semua benda masih dalam keadaanbaik-baik saja. Hakak protokol ni masih boleh senyum, masih  boleh berselfie, masih boleh gelak-gelak lagi.

Kami, sebelum kehadiran peserta dan para tetamu. Tema pakaian hari pertama, office wear black & white. Nasib baik, pekerja hotel tak pakai hitam putih, kalau tak memang mendapatlah semua sama dengan pekerja hotel :p

Our bos dan Puan Pengarah dengan rakan kerjasama dari Bangladesh, Arab Saudi dan Thailand. Ketiga-tiganya juga merupakan Keynote Speaker

Team cenderamata vs team protokol

Bersama warga USIM yang sudi hadir memeriahkan program. Thank you team Penerbit!

Masih boleh tabik toing toing lagi!



Selesai sesi siang, bersedia pula dengan sesi makan malam yang dihadiri oleh Bos Besar USIM.




Selesai makan malam, tak boleh balik bilik lagi untuk tidur sebab sambung pula rehearsal untuk Majlis Perasmian. Oleh kerana pada malam itu telah dimaklumkan bahawa wakil Gabenor Krabi tak hadir, dan wakil siging MoU juga tidak hadir, maka, kami telah membuat raptai mengikut maklumat yang telah diterima.

Beraptailah kami sehingga ke pukul satu pagi sampai Bos dan tuan Pengarah puas hati.

Tamat raptai, sebelum nak melelapkan mata, dapat mesej, Penolong Gabenor akan hadir, tapi hanya untuk bersarapan pagi. Selesai sarapan, dia akan pulang dan tak tunggu hingga majlis perasmian selesai.

Ok, hakak protokol ambil maklum sambil terus tertidur.


30 September 2015 (Selasa)

Pagi buta seawal pukul 5 pagi dan dapat morning call dari rakan sebelah bilik sebab nak iron. Haha. Melompat akak terjun dari katil terus jawab phone sebab terkejut. Kak Muna yang juga rakan sebilik mengekek gelak tengok aksi terkejut I.

Elok lepas sarapan, dapat lagi maklumat baru, wakil MoU ada dan kena tukar nama dalam MoU segera. Lepas tu Penolong Gabenor tak jadi balik lepas sarapan, dia nak join perasmian, tapi kejap je sebab dia kejar masa. Nasiblah dah sarapan kenyang-kenyang tadi, kalau tak memang hilang selera dibuatnya.

Moh la kita tukar tertib acara dan teks Emcee sesegera yang boleh! Terus juga laju-laju cari lagu kebangsaan Thailand jam tu juga.

Ketibaan Assistant Pak Gabenor. (berbaju putih)

VIP menunggu dalam holding room

While hakak busy membetulkan teks Emcee, Floor Manager dah bagi que Penolong Gabenor nak masuk sekarang sebab dia kejar masa. Adoilah dia ni. Buat orang rasa sakit perut bertambah-tambah je tau!

Ahli protokol lain pun dah cemas dah sebab tugas-tugas masing semua dah berubah-ubah tak ikut tertib yang telah ditetapkan. Apa yang I boleh kata, minta semua bersedia dan dengar betul-betul je lah setiap apa yang Emcee sebutkan nanti sambil mainkan peranan masing-masing.

Our Big Bos, Penolong Gabenor, Ketua Persatuan Islam Krabi.
Elok je majlis mula, PA Penolong Gabenor tu asyiklah suruh cepatkan semua sebab Pen. Gabenor nak keluar.

Eh eh dia ni. Ikut suka dia aja kan. Rasa nak bagi lempang sedas. I tetap suruh dia tunggu juga sampai selesai perasmian.

Dah suruh tunggu, dia nak berucap pula. Haha. Hakak mampu telan ailiyo sambil angguk dan tengok Emcee yang turut sama tambah debar dalam dada hahak sebab dia tanya nak cakap macam mana, nak panggil macam mana.

Tarik nafas dalam-dalam dibuatnya.


Dia nak berucapkan, makan kita tunaikanlah permintaan dia. Bagilah dia berucap sambil En Rushdi jadi translatornya.

Selesai dia berucap, kita launching program dan paparkan gimik perasmian. Teruja Bos Besar tengok montaj kami.
Sebelum Pen. Gabenor balik, kita bagilah cenderamata tanda kenangan kat dia. Orang berbudi, kita berbahasa ye tak? Dia balik je, terus pause sekejap majlis sebab semua VIP nak hantar dia ke kereta.

Lepas Pen. Gabenor balik, program diteruskan lagi dengan acara Launching buku, Signing MoU dan penyampaian best paper award.

Mahap Bos, I ikat bunting tu ikut ketinggian sendiri. Lupa lak, our Big Bos comel orangnya.

Ni pun satu hal, penaja hadiah best paper award, seboleh-boleh taknak bagi nama penerima. Time hari kejadiah baru tahu salah seorang penerima adalah OKU. Nasib big bos supporting, sanggup turun stage menyampaikan hadiah.

Majlis  perasmian berakhir dengan sesi photography. Selesai sesi, terus laju-laju Our big bos ditemuramah oleh pihak Media.

Tudung pink tu Emcee Majlis Perasmian. Thank you Dr, sanggup bertahan hingga ke titisan terakhir dengan I. Haha.

Selesai majlis perasmian ada tea break. Dah ada bilik untuk big bos, tapi dia tetap nak minum berdiri sambil beramah mesra dengan peserta seminar. Ikut mu lah bos oi. Yang penting hazabedah hakak dah habis. Haha.

Sesi seminar selepas itu diteruskan lagi dengan concurrent session (sesi pembentangan peserta seminar). Dalam lebih kurang pukul 5, seminar tamat, terus kami laju-laju kemas dan pack semua barang dalam kotak. Laju-laju kemas sebab ada agenda seterusnya yang hendak dikejar. Haha.

Alhamdulillah, dipermudahkan semua urusan, dan program berjalan lancar dengan bantuan semua jawatankuasa. Apa yang penting? Kerjasama!!

Selesai majlis, terus rasa penat persiapan berbulan-bulan hilang. Rindu pula nak meeting lama-lama sambil sakit kepala dok dalam aircond memerah otak memikir segala benda sambil sentap itu dan ini. Kahkahkah.

Kepada budak pakai baju Melayu tu, terima kasih banyak-banyak merealisasikan impian montaj I malah telah buat lebih hebat dan baik lagi sampai dipuji NC. Tahniah Faruq, tahniah semua AJK. Semoga setiap amal dan bakti kita untuk program ini mendapat keberkatanNya, Insha Allah.

4 ulasan:

  1. syok nya Ain ada seminar sambil makan angin jugk ni besttt

    BalasPadam
  2. wahhhh best nya ...boleh 2 dalam 1 nih. Kalau akak jadi Ain harus akak happy jugak hahahha.

    BalasPadam
  3. sempat x snorkeling bagai Ain?soping2?haha sj je kan dah tahu org tu btungkus lumus g kj lg mau tnya (",),tp hokayy la tu at least kampeni ada juga buat seminar kat obesi.kampeni ai? obesi kat lgkawi je Ain.hahaha

    BalasPadam