20 Julai 2015

Cerita Raya 2015: Raya Pertama hingga Raya Ketiga

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua.
=)

Semoga semuanya bergembira menyambut lebaran dengan keluarga  tercinta. I pun macam tu. Even dalam hati rasa malas nak raya, masih terasa sedih lagi dengan kehilangan mak, tapi bila fikirkan suami dan anak serta ibu abah yang masih ada lagi, kenalah juga happy kan diri ini. Yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal tetap kena teruskan kehidupan kan?


Hari Raya Pertama

So, tahun ini, turn beraya di rumah I. Alah, raya turn siapa pun, pada kami sekeluarga sama je. Hari raya pertama tetap dah ada di kedua-dua belah rumah mak bapak masing-masing. Haha. Dekat kan, apa ada hal?


Tema raya tahun ini adalah hitam. Awal tahun haritu, I tanya ibu, nak pakai baju warna apa tahun ni, ibu jawab hitam. So, kami pun ikut ajalah tema ibu even dah pernah guna warna ni dulu. Azreen malas nak beli baju melayu sebab dia kata nak  buat apa baju melayu warna hitam banyak-banyak, so dia pakai je lah baju raya yang dulu. 

Kebetulan pula, pilih tema hitam, mak pun pergi tahun ni, so tema hitam ni seakan berkabung lah bagi kami. =(

Budak dua ketul yang dah pandai memilih lahai nak kasut apa, nak baju apa. Kita layankan ajelah semua. Seorang baru 4 tahun dan seorang lagi baru dua tahun nak merasa berhari raya.



Dah ibu nak tema hitam, I belikan je lah baju rayanya hitam. Kesian ibu, bengkak matanya menangis malam raya tu. Tahun pertama bagi ibu beraya tanpa emaknya. Ibu mestilah lagi sedih dari I sebab dia yang 24/7 menjaga emak yang terlantar bertahun. 

So, pagi raya, lepas bersalam-salam dengan ibu, abah dan adik-beradik, kami menziarahi kubur. Selepas balik dari kubur, terus kami terjah rumah Pak Long. Emak dah takda, so rutin selepas ini, memang rumah Pak Long menjadi port pertama yang disinggahlah untuk berhari Raya.

Adik-beradik I, darah daging dunia akhirat. Tiga darinya dibesarkan oleh emak sejak kecil lagi. Terima kasih mak atas segala kasih sayang yang dicurahkan.

Abah dan Ibu dengan anak, menantu dan cucu. Lengkap, semuanya ada.


I dengan adik ketiga. Ramai yang kata kami ni kembar tapi tak pun sebenarnya. Empat tahun  beza umur I dengan Amy.

Lelaki-lelaki kesayangan hamba =)

Kekami dengan makcik dan mak itam.

Family Potrait - Anak Cucu Cicit Tijah Salim.
Selesai beraya di rumah saudara Ibu, lepas solat Jumaat, kami menuju ke Mantin pula. Turn abah  melawat pusara bonda dah ayahandanya serta beraya bersama adik-beradik pula.


Hari Raya Kedua.

Lepas beraya di Mantin, malam tu kami terus pulang ke rumah Family Azreen di Nilai. 


Hari Raya Kedua, kami beraya ke rumah kakak ketiga Azreen di Ampang, kemudian terus ke  rumah puasaka datuk dan nenek Azreen di Keramat. Orang lain raya balik kampung, kami pula hari raya masuk bandar. Haha. Lengang weh jalan KL. Tak sakit kepala otak I pi KL. Haha.

Malamnya, kami terjah rumah kakak kedua Azreen yang baru sampai dari Penang. Haha. Mendapatlah kau makan durian dan rambutan je sebab tuan rumah penat so, dia hidang apa yang ada je.

Hari Raya Ketiga


Misi beraya diteruskan hingga hari ketiga. Kami ke Port Dickson meneman kak Migiha (tudung kuning) ke rumah kawannya juga merangkap kawan Azreen.

Raya laju-laju terus balik Nilai semula sebab mak call suruh balik masak. Pak Lang dan Pak Uda Azreen nak datang beraya. Maka, moh la kita!

Mak Lang Azreen siap tanya I kenapa tak pakai baju raya. I sengih je lah. Orang dapur kan, tak kuasa hakak nak berdress berlecak ketiak kat dapur deh!

Iman dengan cousins yang dah besar-besar belaka.

Ni kerja si Iman ni. Main capture je gambo tah apa-apa. Mak Mertua I pula perhati je tu pasangan suami isteri yang berkepit je setiap masa. Haha.

Si Iman, pantang orang ajak bergambar, laju je dia. Mengikut siapa la tu! :p

Malam tu, lepas je Pak Lang dan Pak Uda Azreen balik, kami pun turut sama balik ke rumah sendiri sebab besoknya nak kerja dah.

Begitulah kisahnya I dan keluarga menyambut raya. Raya yang sederhana tapi tetap bergembira sambil mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah, syukur selalu atas segala nikmat kurnianNya. =)

1 ulasan:

  1. tak pernah trpikir nak buat baju raya kaler hitam..tapi sebenarnya menarik jer..cantik.. lagi2 kalau ada kombinasi warna.. maybe tahun akan datang boleh ar cadangkan kat asben kite.. :)

    neway..selamat hari raya.. :)

    BalasPadam