22 Julai 2015

Anugerah Aidilfitri 1436H ~ 5 Syawal

Alhamdulillah, 5 Syawal 1436H bersamaan dengan 21 Julai 2015, keluarga I di sebelah Ibu telah menerima kehadiran dua ahli baru. Kedua-duanya lelaki. Anak kepada cousin I. Rezeki Syawal sungguh.

Live update nak bersalin dalam Whats App group, kau hado? Haha. Mendapat lah yang tak kahwin lagi tu terkulat-kulat membaca.

Assalamualaikum baby. =) Yang bedung hijau tu takda nama lagi, so kami panggil si Syawal. Yang bedung biru tu pula namanya Muhammad Afif Darwish. Si Syawal melihat dunia pada pagi dan Afif pula di sebelah malam, 21 Julai 2015.

Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga Anak Cucu Cicit Tijah Salim. Alhamdulillah juga atas segala nikmat dan kebahagiaan yang dipinjam Dia.

Mak,
Cicit mak dah bertambah mak
;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan