19 Jun 2015

Resipi Apam Nasi Mudah



Bahan-bahan:

1 peket tepung beras
1 cawan nasi (I guna tapai pulut)
3/4 gula (boleh adjust ikut nak manis mana)
1 sudu teh ibu roti
1 sudu teh eno
3 cawan air (kalau pekat, tambah lagi air)
Pewarna makanan (kalau suka)

Cara-cara:

1. Blender nasi/tapai pulut. Masukkan tepung, air, blender semua sekali.
2. Masukkan dalam bekas. Campurkan ibu roti dan eno.
3. Biar adunan naik dua kali ganda.
4. Bahagi-bahagi adunan dan campurkan pewarna yang disukai.
5. Kukus hingga masak (dalam 15-20 minit).

Tips:

1. Seeloknya, adunan di bancuh malam, paginya baru dikukus.
2. Tutup pengukus dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke apam.

3 ulasan:

  1. suka mkn apam tp xreti buat..tengok mcm senang ..tp nk cari ibu roti dan eno tu...emmmm

    BalasPadam
  2. terliur tengok kak.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. terliur pulak su tgh hari ni..hihi..
    sis dh letak header ye..comell..hee

    BalasPadam