05 Jun 2015

Makanan: Kuih Serabai


Kuih Serabai, atau I panggil Seghabai ni selalu ada bila ada orang meninggal kat kampung I. Tak tahulah sama ada ia memang dah jadi amalan kat kampung I atau kat tempat lain pun sama juga sebab tiap kali ada orang meninggal, untuk kenduri arwahnya nanti, mesti orang kampung akan bergotong-royong buat kuih ni. I panggil kuih ni dulu, kuih orang mati :p

Kuih serabai ni seakan-akan lempeng, rasanya lemak-lemak kelapa. Teksturnya pula, bila makan, akan rasa kasar je tepungnya tu sebab ada campuran kelapa dalamnnya. Cara makannnya, dicicah dengan kuah gula yang dimasak dengan pisang. 

Arwah Mak iaitu Nenek I dulu paling suka makan kuih ni, dan paling suka buat. Lagi dia suka, bila masak dekat tungku kayu. Memang berasap lah biji mata kau mengadap nak buat satu-satu. Haha.


Dulu, size kuih ni  besar pinggan. Ada acuannya. Acuannya tu dibuat dari tanah, macam kuali, siap bertutup. Kalau Mak suruh I makan dulu, memang hazab nak habiskan sebab bila kuih size besar ni, kita akan rasa cepat muak bila makan.

Untuk kenduri arwah mak minggu lepas, Ibu bancuh kuih ni, dan suruh I masakkan menggunakan acuan yang baru Ibu beli. Acuannya sekarang pun dah diinovasikan. Dah takde size besor dan guna tanah dah. Sekarang guna steel je dan size kuihnya pun dah jadi cecomel.

Masa Ibu bancuh, I perhati je.

Bahan-bahan:
1. Tepung beras
- Separuh dimasak dengan air sampai jadi pekat.
- Separuh lagi, dibancuh dengan air dan digaul dengan kelapa parut.

2. Garam secukup rasa.
3. Santan - digaul dengan bancuhan tepung beras dan kelapa parut.


Cara masak kuih:
1. Gaul bahan 1, 2, 3. Nak sedap, biar dia semalaman, then baru masakkan.
2. Guna acuannya, lempengkan dalam acuan. Tutup. Tak payah balik-balikkan.
3. Bila bawahnya dan kecoklatan, angkat. Susun atas daun pisang.


Cara masak kuah:
1. Potong pisang ikut suka nak macam mana.
2. Didihkan gula pasir, gula merah, ikut suka nak banyak dan manis mana.
3. Masukkan pisang, dan  sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah. Didihkan. Siap.

Cara makan:
1. Ambil sekeping kuih serabai. Letak atas pinggan.
2. Curahkan kuah dan nikmatinya.

Time kenduri haritu, kuah untuk kuih ni tercair sikit. Tak pekat macam mak selalu buat. Dah banyak tangan kan, so memang ada lah terkurang sikit. Tapi rasa tetap sama. Sedap, lemak kelapa, dan manis-manis rasa pisang.

Bila tengok kuih ni memang akan teringat Mak.  Rindu Mak. Semoga arwah Mak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang dikasihi.

Al -Fatihah.

2 ulasan:

  1. saya pernah makan sekali masa raya rumah kawan saya.. terus jatuh cinta.. tapi tak tahu nak buat.. hehehe.. thanks Ain.!

    BalasPadam
  2. Masa saya ke Penang, saya cari kuih ni la..katanya femes di medan makan Tun Sardon....tapi hari saya pergi tu, tutup pulak!

    BalasPadam