28 Mei 2015

Surprise!!!

Pagi tu, I memang dah plan, tak payah make up pergi office sebab I nak turun dan hadir Majlis Zikrullah dan Solat Dhuha office I. Even I ni si Urusetia yang menguruskan program itu setiap minggu, dari jamuannya, dari remindernya, tapi masa untuk turut sama tu memanglah terhad sangat. Ruginyalah tak dapat turun walaupun kawan-kawan selalu kata,

Kau tolong uruskan pun dah dapat pahala Ain. 

So I nekad, haritu kena pergi juga. Lantaklah, apa nak jadi, kita tetap nak pergi juga. Kita nak pahala mengurus, pahala buat ibadah pun kita nak juga. Haha. Tamak!

Kemain lah kan, nekad semua. Sekali masuk Whatsapp Bos,

Meeting pagi ni masuk. Ketua Protokol kena ada.

Terus, pahala tah ke mana, hambiklah kau ahli mesyuarat mengadap muka I yang suci murni tanpa secalit make up.  :p



Habis meeting dekat-dekat nak pukul 12 dah. Lepas je semua ahli meeting dan bos keluar dari bilik meeting, laju-lajulah I ni kunci office. Hari Jumaat kan. Rehat awal. So, I ambil peluang nak nyetelkan kerja since dua tiga hari lepas banyak  hari tak masuk office. Bila kunci office, tiadalah gangguan dari staf dan pelajar so senang nak buat kerja.

Tapi datang si Faruq beriya-iya merayu suruh buka pintu sebab ada masalah penting nak bincang. Rasa macam nak lempang je si Faruq ni time ni. Dah lah I ni  banyak kerja nak disettlekan, dan dia pula macam takda masa lain dah nak bincang. Ngamuk-ngamuk I bincang dengan dia. Dia pun, redho je lah hakaknya high pitch melayan masalah dia.

Elok je tengah bincang, dua tiga orang pepari lalu, datang bawa kek siap ada lilin.


Kahkahkah. Padan muka I. Membazir je rasa hamukan I pada Faruq, sebab sebenarnya dia berlakon aje. Kong aja betul semua. Diorang plan nak surprise kan I rupanya. Dan, Alhamdulillah, surprise mereka menjadi kali ini. Haha.

Siapa yang kawan I di FB dan IG, mungkin dah tengok dah kemengilaian I dengan surprise diorang ni. Siap I bongok-bongokkan diorang lagi.

Lepas dah diterkejutkan I, diorang heret I bawa pergi Secret Recipe pula. Memang terbaiklah kan plan korang dan plan I yang tak make up tu bersatu padu.  Best sangat menghadapi public dengan muka suci murni tu.

Mei babies. I (12/5) dan Encik Syarin (1/5). Even dua orang yang sambut harijadi bulan Mei, yang disurprisekan I sorang je. Tak aci sungguh!

The Admin FEMily without En Akashah. Tq En Akashah, even tak datang, tetap menyumbang wang ringgit untuk surprise ini.

Kepada semua, terima kasih I ucapkan untuk ingatan ini. Even ada masa muram, ada masa ceria kita, Alhamdulillah, ukhwah seperti ini tetap diteruskan. Semoga kita kekal bekerjasama di masa-masa akan datang. Sekali lagi, terima kasih daun keladi, tahun depan buat lah lagi.

p/s: I memang tak jangka. Betul, sumpah. Even I kunci pintu, I memang ada kerja nak diselesaikan. Dan, disebabkan sambutan terkejut ini, hari Ahad I datang office dan settlekan kerja.

3 ulasan:

  1. Seronok tgk dgan keknya meriahhhhhhhh

    BalasPadam
  2. Memang surprise dapat kejutan macam ni.

    BalasPadam
  3. Sweetnya dpt kwn2 mcm ni ..bahagia je rasa kan :) Ok pe takde mekap. natural beauty gitu ;)

    BalasPadam