20 April 2015

Redha itu payah sebenarnya.




Bila kawan-kawan atau ahli keluarga kita bersedih,
Kita selalu kata,

Sabarlah ya.
Bertabahlah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Redhalah atas kehendak Dia.
Redha itu pasrah. *Eh, yang ini orang tak kata, tapi statement dalam filem Ombak Rindu :p

Sebagai kawan atau individu yang mengambil berat, itu yang selalu kita kata. Niat kita baik. Untuk menenangkan si dia yang sedang gundah gulana. Mungkin tak mengurangkan kesedihan dia, tapi sekurang-kurangnya kita cuba buat dia rasa kita ada di saat dia sedih dan hiba.

I pun sama juga. Itu yang selalu kata, bila adik atau makcik rindu kat Emak. Konon nak tunjuk tabah, hakikat sebenarnya, nak redha dan pasrah pemergian emak tu, Ya Allah, sungguh payah.

Banyak benda yang I terkilan sebenarnya. Mungkin disebabkan itu, sehingga kini, kesedihan I masih tak kurang lagi.

Dulu, masa mak ada, tiap kali I nak balik ke Mantin, sambil salam mak, sambil cium mak, I akan duduk sambil pegang tangan dan renung mata mak. I selalu minta pada Tuhan, kalaulah masa mak dah tiba, biarlah masa tu I ada di sisi dia. Itu yang selalu I minta. Tapi ia jadi sebaliknya.

Mungkin ada sebab kot Dia tak tunaikan permintaan I.
Dia lebih tahu tahap mana kekuatan I sebab itu I tak sempat nak berada di sisi mak.
Mungkin kalau I ada time mak pergi, i tak boleh kawal kesedihan, pengsan ke atau entah apa lagi yang jadi.
Mungkin lah agaknya.
Semua yang diaturkan Dia kan bersebab.

Nak melepaskan apa yang kita sayang itu susah.

Lagi-lagi orang yang membesarkan kita, yang menjaga kita masa sihat dan sakit, yang melakukan segalanya menggantikan ibu yang jauh bekerja.

Mak, walaupun dia hanyalah Nenek yang I panggil mak, tapi dulu, orang selalu kata, I ni anak bongsu mak. Susah nak berenggang dengan mak. Mana mak pergi, memang I selalu diheret sekali.

Time cuti sekolah, bila mak hantar I ke rumah Ibu, I akan meraung di luar rumah bila mak balik sambil cakap Ain taknak duduk rumah Ibu. Ain nak tinggal rumah mak je. Meraung kan main padahal, sebulan je kot duduk rumah Ibu.

T____T


Mak,
Moga emak tenang di sana.
Macam-macam cara Ain dah buat mak.
Buat-buat sibuk sampai diri balik jadi tak sihat.
Join itu ini, volunteer diri, pergi sana-sini,
Setiap masa Ain isi supaya Ain tak berpeluang nak rasa sedih,
Tapi susah mak.

Mak,
Ain akan cuba redha, terima Mak dah takda.
Cuba,
Cuba sedaya upaya.
Insha Allah.

2 ulasan:

  1. Singgah Pagi...
    Untuk menerima pemergian org yg kita syg bukan boleh dilakukan 1 2 hari..
    kdg² makan bulan..makan tahun...tapi redha itu mmg payah untuk kita...tapi untuk mereka yang telah meninggalkan kita..ianya penting supaya mereka di sana sentiasa tenang bersama orang² yg beriman..berdoa..selalu...Amin...

    BalasPadam
  2. Betul tu ain..nak redha dgn tenag tu mangambil masa yg lama..eemmm..

    BalasPadam