13 April 2015

Bekalan ibu abah 'di sana'.

Notakaki: Entri ini bukan untuk ditujukan pada sesiapa. Ia sekadar peringatan untuk diri sendiri dan keluarga I. Mohon maaf kalau ada yang terasa atau membuat sesiapa rasa sedih bila membacanya.


Abah I, dia tak garang mana pun. Cuma perangai dia, kalau dia dah marah, dia akan tarbiah mana salah kita. Leteran yang bukan sikit-sikit  tapi panjang, lepas tu salah kita  dari A sampai Z di akan  baca. Memang bernanah lah telinga kau mendengarkannya.

Lagi satu, dia tak pernah nak menegur salah, tapi selalunya dalam gurau kasar dia, memang sambil bergurau sambil mengena kita, terkulat-kulat lah kau menahan rasa. Haha.

1. Ngaji Kak Long.  Bagi khatam. Besok, kot abah ibu mati, ada juga orang nak ngaji kat kami ni. Tak payah nak upah-upah orang untuk mengaji atau  bacakan Yassin. Anak kalau baca, cepat sampai. Lagi-lagi kalau anak lelaki.

2.  Anak lelaki, kalau boleh, boleh jadi Imam tu nombor satu, biar tahu bertahlil pun kena juga. Takkan nak harap Imam je baca tahlil selalu. Takkan dalam setahun, sekali tahlilnya untuk mak bapak sebab nak mengharap Imam. Kesian makpak dalam kubur tu.

Cari suami, jangan harap rupa, harap gheto jo. Mula-mula memang wangi, asyik ter abang ayang abang ayang. Sok, dah lelama jadi Abangang. Nak cari calon suami, biar ada ilmu agama. Tak alim takpa, at least nak belajar agama. Ada agama, elok jaga solat, Insha Allah, senang lah nak jaga kau yang bega tu. Rumah tangga ni akan kukuh kalau elok tiangnya. Kot tiangnya pun goyah, memang ke laut lah semuanya.

Dulu, I memang tak ambil port sangat leteran abah tu. Dengar sekali lalu, tapi save juga lah sesikit dalam kepada otak. Zaman mengelinjang kan, teguran tu sekadar lagu-lagu sebagai halwa telinga je.

Tapi bila mak pergi haritu, terngiang-ngiang balik semua yang dia cakap kat I dulu. Agaknya, manusia ni bila dah berduit, semua benda boleh di past kan je pada orang. Aku ada duit, aku bayar, biar orang buat.

Kepada semua,
Janganlah jadi anak yang tak sembahyangkan jenazah emaknya sebab  orang lain dah ramai sembahyangkan.
Janganlah jadi anak yang kau suruh orang surau buat Majlis Tahlil arwah mak kau, tapi kau takda tunjuk muka langsung kat surau.
Janganlah jadi anak yang boleh dia ucapkan, nanti kita upah orang je lah kak ngaji untuk emak.
T_____T


Patutnya kita rebut semua peluang tu untuk mak kita. Untuk terakhir kali, takkan masih nak mengharap orang juga?


=,(

Lepas tu dapat lak Whats App ni kawan sekolah forward,
Hmmmm..

________________________________________________________


Pesan ini khas utk anak2 terutamanya anak2 lelaki kita...

Apabila mak ayah meninggal, uruskanlah dengan sebaiknya. Mandikan dan uruskan pengkafanannya.

Lebih baik lagi kalau anak lelaki yg menjadi imam solat jenazah...

Sama-sama angkat kerandanya ke tanah perkuburan. Terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, buka papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu.

Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.
Biar kita!!!
Bukan orang lain.
Jangan kita tengok je.
Allahhurabi..

"Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak".
Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu..
Biar kita!
Pegang pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.

"Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah".
Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu..
Ingat sejak kita lahir, tangan mak ni yang suap dimulut kita.
Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita.

Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik lelaki, empat2 beradik terjun dalam.

"Abang pegang belakang bang".
Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu.
Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa.

"Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah.. Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong Ya Allah kesian mak aku Ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia. Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah".

Kawan2, kalau dosa mak sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita.

Adakah Allah akan tolak doa sebegitu?
Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari sorang anak.
Sebab tu pesanan pd kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup..
Kawan2, buat jasa la.. Buat jasa...

Pada sahabat yg dah tiada ibu atau bapa, mari kita sama sedekahkan al-fatihah buat mereka. Bagi sahabat yang lain, kita akan merasa apa yg rakan kita rasa.


------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 ulasan:

  1. adik..ko buat akak nangis kat office nie :(

    BalasPadam
  2. betul tu...
    sama2 kita muhasabah diri...huhu...

    BalasPadam
  3. bergenang air mata..
    rindu arwah abah 2,3 arini :(,

    ~utajah

    BalasPadam