06 Mac 2015

Lagi-lagi Bukit Broga.

Orang suka tanya kenapa I suka naik Bukit Broga?
Haha.

Kalau bagi jawapan untuk fitness aci dak?
=p

Kalau nak ikutkan, memang banyak kali dah naik.
Bukit Broga dengan cousins.
Bukit Broga dengan team FST.
Bukit Broga dengan team BP.

Takde apa pun kat Bukit Broga ni, tapi I tetap sokmo ke situ. Sebabnya,
1. Dah tentu dekat dengan rumah
2. Serius, memang untuk fitness. Lagi fit kalau sambil naik sambil kendung anak. Haha.
3. Again, memang untuk fitness.


Cuti Raya Cina haritu, yang petangnya Nenek I meninggal, pagi tu sempat naik Broga Hill lagi. Dah ada perubahan dah kat Broga Hill. Ada welcoming sign board sponsored by RHB. Berseri sikit dah Bukit Broga.

Track Broga ni tak susah mana pun. Easy breezy je. Tapi  sebesen juga lah peluh keluar. Eh, excuse my naked face yang suci murni tu. Haha.


Laki den. Suruh duduk kat depan tak nak. Sibuk nak duk belakang. Lepas tu berzikir. Cepat yang. Lambat awak ni. Siap cakap, Yang, enjin kalau dah start tak boleh berhenti. Rosak enjin.  Kemain lah kan. Helloooooo. Ni enjin dah siap major service hoi. Dua kali lagi. Agak-agaklah nak suruh laju. Haha.

Awas, mamat tu sudah berpunya! Tak payah nak try-try sangat! *eh, emo lak.

Again. Tq RHB. Kehadiran mu, menyerikan tempat ini. Haha.

The track. Ni time nak daki puncak Broga.


Steady B!

Kesan dari kebakaran haritu. Even time I datang tu, masih terbau-bau lagi asap.

Anak tinggalkan kejap kat adik, so kami berdating lah dua orang kat atas tu sambil mendengar dam dam dum bunyi mercun.

Ain Aren waz here!

Eh, ni bukan sponsored by RHB. Tah sape tah tunjuk bakat seni dia kat batu ni.

Turun je dari Broga, kami breakfast bawah pokok sawit. Dah elok-elok buang lemak, turun lepas tu tambah lemak balik. Haha.


 Bye bye Broga Hill. Nanti kita ketemu lagi ya. =)

4 ulasan:

  1. Pernah sekali je naik , pakai jeans lagi time tu. Pastu menggigil kaki ! Hahaha tobat tak naik dah. :P

    BalasPadam
  2. Gigih akak naik broga.. last sy naik 2 3 4 tahun lepas kot.. hihihi..

    BalasPadam
  3. walaupun dah 2 kali major service ko tetap perform baik punya kak..kalau kita memang tak dah manjat2 bukit gunung ni..

    BalasPadam