13 Februari 2015

Warna tema baju raya.

Pejam celik, pejam celik, bulan puasa tinggal lagi 3 bulan setengah je.
Pejam celik pejam celik juga, tau tau je sok dah puasa.
Pejam celik pejam celik juga, tahun ni, Insha Allah bulan Julai nanti genap lah 5 tahun usia perkahwinan kami. Maka, untuk kali kelima juga lah kena memikirkan warna tema baju raya sekeluarga.

2010

I kahwin pada tahun 2010. Kahwin hujung bulan Julai, majlis bertandang awal Ogos, dua minggu lepas tu bulan puasa. Kahkahkah.

Apa yang lawak tah kan kan kan? :p

Dek kerana seronok bebeno time tu sebab dah kahwin sampai tak terfikir pun I  nak beli baju raya, nak pakai warna apa time tu.

Ark ark ark.

Maka, untuk sambut raya pertama kalinya sebagai suami isteri pada tahun itu, KAMI PAKAI BAJU RAYA TAHUN LEPAS JE. Kahkahkah. 



Pertama kali beraya di perantauan sebab kena  beraya dengan keluarga Azreen. Nampak, even takde baju raya baru pun, tetap happy. Almaklomlah baru kahwin.

Baru kahwin kan, gambor isteri tengak kopek buah rambutan pun nak disnap. Masih mewangi kate ko! Cuba tengok sekarang? Isteri yang kena jadi photographer ada le. :p 

Ni gambar raya kedua. Lagi hebat. Suami pakai t'shirt je ha. Time ni dah balik rumah makpak I dah. Alahaiii, kurusnya 5 tahun lepas. 
Actually, bukanlah takde baju raya or tak boleh beli baju baru, tapi takde mood untuk semua itu. Nak ikutkan boleh je pakai baju time nikah  buat baju raya tapi tetap tak mahu! Takde mood faham?

Sebab apa takde mood?

MALAM RAYA I DISAHKAN PREGNANT.
Haha. Rezeki Syawal gitu.


2011

Masuk tahun kedua, tetap juga tak beli baju raya sebabnya, adik I kahwin tahun tu. Kami sekeluarga telah sebulat suara, pakai je baju time resepsi adik. Senang. Jimat belanja. Tahun tu juga, pertama kalinya I beraya sebagai Mummy. Umur Iman Raneeya time ni dalam 3-4 bulan.

Kami beraya denga warna emas. Baju kurung Iman tu, suruh ibu je jahitkan.

Ahkak tombam keemasan. 
Baju raya untuk hari kedua, kami pakai oren.

2012

Next, tahun ketiga. Masa untuk beraya di belah Azreen, maka dia lah yang lead pilih color tema. Dia pilih warna hitam silver. Ok fione, kita ikutkan aje.

Baju beli siap je kat Gene Martino. Senang beli siap sebab size Iman pun ada.

Hitam campur silver.
Time 2012 ni juga, dihujung-hujung raya, raya ke 25 lah lebih kurang gitu, sekali lagi  I terima berita gembira time raya. I pregnant anak kedua. Memanglah, raya je I pregnant. Pregnant je, I raya. Haha.

Family I pula time tu pakai warna biru. So, raya kedua kami membiru. Eh, time ni Reezqy belum ada, tapi I ambil gambar time Reezqy cukur jambul sebab kami recyle pakai baju raya  je tok majlis Reezqy.

2013

Tahun keempat, beraya di belah I, maka meh kita pilih warna kesukaan kita. Make sure, masukkan pink sesikit supaya tampak berseri di hari lebaran. Untuk tahun ni, I dan Iman tempah baju, Azreen dah Reezqy beli siap kat Gene Martino.

Warna pilihan pink loves mint green. Tapi tak mint green nau sebab baju Azreen payah  nak jumpa warna sama. Tapi asal nampak sama je boleh lah.

Kami di hari Raya pertama. Samping tu, recycle je tahun lepas punya sebab suruh pakai samping pink Azreen takmo.

Mummy dan kakak Iman.

Kakak Iman dan adik Reezy.

Patutnya tema tahun tu untuk keluarga I hijau, tapi tak semua menepati tema. Haha.

Untuk hari kedua, I  beli baju online. Azreen dan anak-anak pakai baju kasual je.
Warna pilihan I memang tak pernah menghampakan kan kan kan?


2014

Seterusnya, tahun 2014. Beraya di belah Azreen dan dia request kuning. Baju raya I tak siap time tu, maka kita beli siap je kat Jakel. Cap siti Nurhaliza katanya. Dan yang terpaling best, size I untuk warna kuning dan habis. Maka, kita ambil je lah size terkecik sikit.

Kuning minions. Mementang the Iman suka minions, terus Daddynya cop kuning.

Warna kuning ni. Gambar ambik kat IG, tu yang jadi gini. 

Raya kedua kita pakai warna light chocolate.

Raya kedua, baju sedondon  cap Mummy dan anak.

2015

Untuk tahun ni, Insya Allah, akan  beraya di belah I. Insya Allah juga, untuk raya kedua, I pakai je baju kuning yang I tempah, yang tak siap-siap sampai sekarang tu. Haha. Malas nak fikir, tapi yang penting baju untuk Ibu, I akan hantar tempah Sabtu ni.

Warna tema apa untuk tahun 2015?
Tungguuuuuuuuuuuuu.....


Tunggulah raya nanti ye?
=)

9 ulasan:

  1. Adakah raya ni akan mengandung juga ? Marilah kita saksikan. Hahahahaha.

    p.s : warna apa eh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kalau ada. Rezeki namanye tu.Hakhak. ;p

      Padam
  2. dasyat dh tempah siap dh..kite blm lg..
    xpon beli jubah je la nti...hiih

    BalasPadam
  3. aku suka je tengok ko tembam pun nok...comel je...serius!!

    BalasPadam
  4. dah follow blog ni #533.hit me back maybe?

    BalasPadam
  5. tak beli kain lagi..rasa nak singgah JAKEL ni

    BalasPadam
  6. haha..persiapan awal ko kak..kita baru nka sebey2 kain..dah ade anak sepasang..syiok berdondon- dondon..

    BalasPadam
  7. sy suker kaler baju raya kelabu hitam 2012 dgn mint green pink 2013 tu.cantek!

    BalasPadam