09 Februari 2015

Selamat bersalin Kak Halina!

A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out.

Quote untuk dikongsi pada hari ini dengan semua.
=)

Bersiaran lagi untuk hari ini. Alhamdulillah.
Sebelum orang yang diraikan bersalin, maka meh kita post siap-siap.

Minggu bila tah ni, I dan rakan-rakan bola tampar habiskan masa bersama dengan Kak Halina yang dijangka bersalin pada 22 Februari nanti. Since dia akan berpantang di Alor Setaq nuuuun, kami jumpa dia awal-awal lah. Nak melawat dia lepas bersalin memang tak lah kan, kena tunggu 44 hari habis, baru boleh jumpa babynya.




Tengok je menu ni mesti korang taulah kan makan kat mana ;) Even tak berapa suka dengan tempat ni sebab takde cili sos, haha, kita layankan je lah si ibu merandung.

Ni budak dua orang tak main bola tampar pun. Tapi macam biasa, kalau kau kawan kepada dia, maka jadi kawan kami juga.

Kecuali kak Nadia yang tudung coklat, nilah empat orang Geng Tetampa. Dari nyampah-nyampah dulu, kenal-kenal, jadi makin mesra,  main bola tampar sesama, lepak mamak lepas training, ushar-ushar jodoh yang tak kunjung tiba, dan macam-macam lagilah aktiviti bersama. Kini, masing-masing dah ada keluarga, jarang dah dapat lepak sama. Tambah lagi ada 'handbags', lagi lah susah nak jumpa selalu.

Yang pegang perut beriya tu nak ambil berkat lettew. Haha!


To Kak Halina,
Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin dan selamat datang ke kelab Mata Panda Berjaga Malam. Haha.
Selamat berpantang juga dan janga lupa, WA gambar baby pada kami semua.
Lebbiu =)



6 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya untuk kawan kakak korea. :D

    BalasPadam
  2. amboi... ushar ushar jodoh tu tak menahan tol stetmen nye

    ~ustajah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishhh tajah ni. Betulah kan kan kan?

      Padam
  3. Alaa comil bunga2 kat atas kepala tu..

    Nak kak ain buatkan utk kita boleh? hihihi :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ye Rina. Nanti akak email minta alamat ye :)

      Padam