18 Februari 2015

Resipi kuih seri muka mudah.



Bahagian Hijau

1/2 biji kelapa diblender dengan dua cawan air = 2 cawan santan
1 cawan tepung gandunm
1/2 cawan tepun ubi kayu
1 biji telur
Daun pandan ikut suka nak banyak mana + blender dengan secawan air
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Gula ikut nak manis mana (I letak setengah cawan)
Sedikit garam


Bahagian Pulut

300 gm/1 cawan beras pulut (direndam dalam 2-3jam)
1/2 biji kelapa diblend dengan dua cawan air
Sedikit garam
Sedikit gula *optional


Caranya:

1. Blender kelapa dan dapatkan santan. Santan digaul dengan sedikit garam dan gula.
2. Gaul rata santan dengan  beras pulut yang telah dibasuh bersih. Kukus pulut sehingga masak.
3. Pulut yang dah masak, ditekan-tekan dan dipadat-padatkan. Ketepikan.

4. Blender daun pandan dengan kulit kayu manis dan bunga lawang. Dapatkan air yang telah ditapis.
5. Blender kelapa untuk dapatkan santang.
6.  Dengan menggunakan blender, campur santan dengan air pandan, tepung gandum, tepung ubi, telur, garam dan gula. Blender hingga sebati.
7. Tapis adunan dan letakkan di bahagian atas pulut yang telah ditekan. Kukus 30 minit atau sehingga masak.
8. Siap.

Selamat mencuba.

p/s:
1. Resipi mudah dari ibu.
2. Kulit kayu manis dan bunga lawang akan menghasilkan bau yang wangi.
3. Untuk bahagian hijau, nak lagi cantik boleh letak sedikit pewarna sebab warna pandan nampak pudar.

4 ulasan:

  1. Hebatlahhhhh , kita suka part pulut bawah tu je. Ekekeke. :P

    BalasPadam
  2. suka kuih ni...resepi tu pun nampak simple..kena merajinkan diri utk mencuba ni :)

    BalasPadam
  3. pandainya ain masak kuih ni...patutla sambal sedap ari tu... rajin masak rupanya...:)

    BalasPadam