11 Februari 2015

Cara masak periuk kera.

Dulu, masa nenek I masih sihat, agak-agak dia malas nak berpaneh bakar lemang time nak raya, dia akan order je periuk kera untuk ganti lemang. Dulu, seratus biji RM10 ringgit orang kampung jual. Tapi sekarang dah naik RM5. Mungkin dah susah kot nak jumpa, tu yang naik RM5.

Pokok periuk kera ni tumbuhan karnivor tau. Dia ngap serangga! Nama saintifiknya, Nepenthes spp. Hebat tak hakak sampai nama saintifik pun tahu? Hahha. Google je la tu :p

Ibu ada bekalkan I time Raya Haji haritu periuk kera ni, tapi sebab I dah lupa, simpan dalam periuk kukus, terus ia mengering je dah. Yang bagusnya periuk kera ni, even simpan lama, ia masih boleh digunakan.

So, disebabkan tak tahu nak bawa  potluck apa time Blogger Gathering haritu, maka I laju-laju beli beras pulut dan santan untuk masak benda ni.

Sebelum nak digunakan, I rendam semalaman dan bersihkan bahagian dalam periuk ni. Dah bersih, keringkan.



Kemudian,  basuh beras pulut yang telah direndam semalamam, toskan. Perah santan. Gaulkan santan dan beras pulut. Perasakan dengan garam dan letak gula (optional) sikit.

Seterusnya, masukkan beras pulut dalam bekas periuk kera, agak-agak 3/4. Jangan penuh sangat sebab nanti beras pulut kembang, melimpah keluar lak. Dah isi beras, masukkan santan pula. Santan tu letak sehingga beras dalam periuk kera hilang dari padangan mata gitu.

Periuk kera yang telah berisi. Then, kukus sampai masak.

Gambar selepas masak, I tak sempat nak snap sebab Azreen  takut potluck tertinggal, dia dah siap-siap masukkan dalam beg.

Pulut periuk kera ni lebih kurang lemang juga. Yang beza, lemang dibakar dalam buluh, periuk kera dikukus. Tu je. Rasa lebih kurang sama. Periuk kera ni boleh dihidangkan dengan rendang. Tapi untuk haritu, sebab I tak berapa HEBAT masak rendang, haha, I lawankan dengan sambal tumis je :D

10 ulasan:

  1. ouh ain ke bwa pulut periuk kera aritu...

    BalasPadam
  2. Wahhh ! Hebatnyaaa masak periuk kera. Tak pernah rasa macam mane makan dalam periuk kera ni. :D

    BalasPadam
  3. sedap?serius ni pertama kali tau nie..

    BalasPadam
  4. Baru tgk cerita upin dan ipin pasal lemang periuk kera..

    BalasPadam
  5. sedapppp sangat okeyyy.. sambal tumis ain pun ana tapau semua bawak balik sebab dorang taktau nk lawan ngan apa, periuk kera dh habis... pagi tadi baru habis makan ngan nasi goreng.. punyala smakan sikit2 sebab takut habis cepat.. kikiki

    BalasPadam
  6. oiii aku terliooo... sila masak raya ni aku nak makan.....

    BalasPadam
  7. sis mne nk beli periuk kwta ni?bole bg contact?

    BalasPadam
  8. Salam sis di mana ya nak beli periuk kera..boleh bagi contact no seller ? Terima kasih 😊

    BalasPadam