27 Februari 2015

7 hari sudah berlalu.

Arwah emak di masa sihat dan di masa I belum kahwin.

Sedikit sihat  tapi dah ingat-ingat lupa

Kurang sihat dah, tapi masih boleh duduk.
7 hari dah berlalu.
Tak tahu nak describe macam mana perasaan ni.
Sedihnya bila kehilangan tapi Alhamdulillah sebagai orang Islam yang beriman, I sedaya upaya cuba menerima segalanya dan cuba redha.
=(


Throwback,


Khamis malam Jumaat
Selain busy handle budak dua ketul, berulang kali I baca Yassin di sisi jenazah Mak. Tak buat kerja lain. Dalam pukul 11 malam, I tidurkan budak dua ketul, dengan-dengan I sekali tidur sebab keletihan kot. Kan pagi tu I pi daki Bukit Brogra. Pukul 2.30 pagi I terjaga, tengok kat mak, ramai anak cucu silih berganti mengaji dan baca Yassin untuk mak. I tertidur balik.


Jumaat
Dalam pukul 4.30 pagi ibu kejut, suruh sambung mengaji sebab dia nak tengok persiapan untuk urusankan jenazah  mak. I mengaji dan solat. Lepas tu terus busy dengan urusan pengebumian mak. Jenazah mak dikebumikan pada pukul 11.00 pagi sebelum solat Jumaat. Petang pula, sambung persiapan untuk tahlil. Malam, layan budak dua ketul meragam.


Sabtu
Entah bila I tertidur, sedar-sedar bangun untuk persiapan kenduri yang telah Ibu rancang awal. Kenduri tetap diteruskan. Reezqy memang meragam satu hari, sampai ibu tercakap, pergilah bawa budak tu jalan Kak Long sampai dia tertidur. Ibu pun penat agaknya dengar ragam si Reezqy. Petang, selesai kenduri, kemas segala kerusi meja, periuk belanga dan pinggan mangkuk kenduri. Malam, I memang tidur tak sedar diri.


Ahad
Sarapan pagi dengan ibu abah sambil susun pinggan mangkuk dan peralatan kenduri  untuk dipulangkan ke surau. Tengahari gerak balik ke Mantin sebab nak elak jalan sesak. Singgah mini market kat Mantin, beli barang dapur, balik sambung dengan basuh baju, iron baju untuk kerja esok. Pukul sembilan I paksa diri untuk tidur.


Isnin.
Bekerja macam biasa. Balik, uruskan anak-anak dan kerja rumah. Pukul sembilan paksa diri tidur.


Selasa
Bekerja macam biasa. Balik, uruskan anak-anak dan kerja rumah. Pukul sembilan paksa diri tidur.


Rabu
Cuti. Uruskan passport. Malam, tak  boleh tidur.

Peluang tu digunakan untuk menangis sepuas-puasnya.
I keluarkan semuanya, lepaskan semua kesedihan dan apa yang tersimpan dalam hati yang I tahan seminggu.


Mak...
Masih terbayang lagi mak yang terbujur kaku.
Masih terbayang lagi semua orang bacakan yassin dan mengaji di sekeliling mak.
Masih terbayang lagi, anak cucu angkat mak dan letakkan di tempat mandi jenazah.
Masih terbayang lagi, air dicurahkan ditubuh kaku mak untuk dimandikan.
Masih terbayang lagi, mak dipakaikan dengan jubah putih, telekung dan kain kapan.
Masih terbayang lagi, macam mana I cuba tahan air mata dari jatuh waktu nak cium mak untuk kali terakhir.
Masih terbayang lagi, mak dihantar ke kubur dengan van jenazah.
Masih terbayang lagi, mak dimasukkan ke dalam liang lahad dan kedudukan mak di dalam itu.

=,(

Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan