07 Januari 2015

Padang Pasir, Klebang Melaka.

I ni nama je orang Melaka tapi kalau korang tanya, kat mana tempat jalan best di Melaka, kat mana tempat makan best kat Melaka, jawapan I bagi memang akan buat korang sakit hati :p

Google jelah, banyak lah tempat yang keluar nanti.

Best kan jawapan I? Kahkahkah.

Padang pasir Klebang ni pun, kalau tak tengok Instagram Fynn Jamal haritu, tak tahu pun I kewujudan padang pasir ni walhal, kalau balik Melaka, tak sah kalau tak pergi ambil angin kat depan bas bersepah-sepah tu. Nasib jugalah dak Nad rajin update cerita dia jalan-jalan, so dari situ juga I tahu lokasi tempat ni.

Mamat pembersih ni. Kerja dia asyik menguis pasir. Pasir masuk sikit je dia dah sibuk tunjuk kaki dia suruh keluarkan.

Yang ni pula memang suka nau main pasir. Sampai kat sini macam syurga kat dia. Muka happy giler.

OK YANG NI MEMANG TERLEBIH HAPPY!
Haha.



Percaya.... pada diri dengan harapan dan keyakinan... Haha. Gigih hakak daki sampai atas bukit semata nak ambil gambor :p

Since tempat ni jauh ke dalam, kereta pun tak boleh masuk sangat sebab takut tayar terbenam, maka kita kenalah jalan kaki untuk masuk ke dalam. 

Si adik yang sudi melayan permintaan kakaknya. Tq Dik Wan! Nasib ajak Dik Wan  sado sekali, kalau tak memang hongeh lah kami berdua nak tolak kereta yang memang terbenam tak boleh jalan dalam pasir tu. :p

Gigih masing-masing nak snap best pixas. Haha.

Memang nampak macam padang pasir betul ha.

Selfie sensorang.

Kat sini I tengok ramai couple, perantin yang datang ambil gambar. Yang bawa anak kurang.

Time I datang haritu, kebetulan ada perempuan-perempuan cantik pakai jubah. Ingatkan diorang nak buat apa sebab  beriya kan datang pakai jubah kat tempat panas ni. Rupanya-rupanya diorang nak shoot gambar. Jual jubah agaknya diorang tu.

Korang jangan pelik lak ya tengok pasir banyak-banyak kat sini. Pasir tu digunakan untuk tambak kawasan tu. Pantai satu Malaysia tu dulu pun laut. Lepas ditambak, maka dapatlah korang makan-makan lepak-lepak kat situ sekeluarga.


"Melaka dan tambak memang berpisah tiada. 
Kalau tidak  ditambak, takkan mampulah Mahkota Parade berdiri dengan gagahnya." 
~ Cik Ain Cantik.

2 ulasan:

  1. hihihi...seronok bergambar ek...tp kalau kena dengan gayanya memang cantik...lokasi pun okey...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pandai snap Lynn baru lawo gamba. Kami main ikut suka hati je

      Padam