Isnin, 12 Januari 2015

Makan luar yang disaster. Haha.

Azreen, kalau diajak makan luar, memang lambat jelah dia nak jawab iya. Dah paksa beriya sambil cakap malas nak masak, barulah dia setuju.  Faktor utama adalah disebabkan gambar di bawah ni:


Dalam stage yang semua benda yang dia nak explore, semua benda yang dia nak tiru apa kita buat. Makan pun nak suap sendiri. Maka, pilihan yang ada:

1. Nak malu orang semua tengok anak melalak sebab mak dia kejam tak  bagi anak suap sendiri, atau;
2. Tahan malu juga atas kesepahan yang anak buat di kedai tersebut.

Haha. Takde pilihan sangat pun sebenarnya.  Tapi demi nak makan luar, kita hadapkan lah juga sebab mak-mak ni pun tak sesempurna mana. Ada masa dia mual juga masak kat dapur.





Ni sikit je ni. Bawah meja tak tengok lagi. Memang nangis lah adik kedai ni nak bersihkan. Tu belum dia lenyek-lenyek kan nasi atas alas meja lagi sambil campur air dalam nasi kemudian masukkan dalam pinggan nasi mak dia T_____T

Bijak sangat anak-anak I ni buat eksperimen. Dah besar sok nak jadi saintis agaknya.

Ginilah gayanya kalau makan kat luar. Air muka budak pelayan tu siap berubah bila nampak I anak-beranak masuk kedai. Kecik hati lah juga bila diorang buat macam tu, tapi nak buat macam mana, dah kedai kau je yang best makanannya, maka meh la kita makan situ juga.

Haha.

Apapun, tiap kali anak I buat sepah, time nak bayar, I memang minta maaf siap-siap dengan owner. Ada juga yang faham siap cakap,

Biasalah kak, budak-budak memang macam tu.

4 ulasan:

  1. Alaaa biasalah kak , budak budak. Kalau tokey marah , anggap jela tokey tu ada magic. Lahir lahir terus buka kedai , tak merasa zaman kanak kanak. Eh. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tokei faham dik. Ada yang tak. Even dia jeling dgn mata,kita tetap paham dia marah tu :p

      Padam
  2. Sama la kita Ain... Tu baru anak sorang... Belum lagi anak muntah dalam kedai...huhuhuhu....

    BalasPadam
  3. ahahaha. sy pulak asben yg suke ajk mkn luar. kdg2 kite tolak sbb ank la. bkn leh duk diam. xnk duk kerusi main sana kejar kucing la. kite yg xlarat. baru sorang ni.. ohhoho

    BalasPadam