06 Januari 2015

Iman Reezqy ke taska.

Dua tiga hari ni, kalau pandang si Reezqy mesti dalam hati akan berkata-kata,

Macam manalah ko nanti dik nak urus diri kat taska?
Siapalah nak tepuk-tepuk ko dik nak bagi tidur?
Siapalah nak melayan rajuk kau, nangis kau dik?
Alahaiii, kesiannya lahai anak Mummy ni
..

Tapi bila difikirkan balik Tips nak nganto anak ke taska I tu, tambah pula tengok kakak elok je sampai sekarang, maka kita buat hati kering je lah hantar Reezqy ke taska.

5 Januari 2015, dengan rasminya Iman Reezqy pergi taska. Bujang dah anak Mummy sebab dah kena berdikari ;p

Dua tiga hari dah bisik kat dia, nanti adik pergi taska ya. Dia jawab ha je. Ni pagi semalam lepas siap, cakap kat dia lagi, adik tinggal dengan kakak ye kat taska nanti. Dia senyum je lah sambil layan lagu kat tab.



Kat kakak pun dah pesan siap-siap. Tolong jaga adik. Adik nangis nanti tolong pujuk sama.

Saja pakaikan adik uniform taska even adik belum kena pakai uniform lagi. Ambil mood ke taska gitu.

Bila tanya, adik nak g mana? Dia jawab chul (school)
Sebak juga tinggalkan dia kat taska semalam tapi tulah, kita buat hati kering jelah. Kang tak  hati kering, kita sendiri juga yang pening kepala pula nak mencari orang jaga dia. Adik pun lepas dah serah dia kat cikgu, dia tengok je kita tinggalkan dia.

Sepanjang hari kat office, memang tengok-tengok juga handphone kotlah cikgu ada sms ke whats app ke. Azreen pun sibuk suruh tanya keadaan adik.

Dalam tengahari, baru I tanya. Alhamdulillah cikgu jawab ok. Cuma lepas makan je, dia macam tersedar Mummy takda, dia menangis lah sikit. Tapi sekejap je nangis sebab Kakak Iman tolong pujuk sama.

Lega hati mendengarnya. Harap-harap adik ok jelah ye dik dan dapat sesuaikan diri dengan sebaik mungkin.

Gambar dari cikgu. Nasib ada kakak, dapat bantu adik sesuaikan diri.

Adik Reezqy dan rakan-rakan di taska.


Iman Raneeya dan Iman Reezqy,
Maafkan Mummy dan Daddy ye sebab kecil-kecil lagi awak berdua dah kena berdikari.
Semoga Tuhan sentiasa merahmati awak dua beradik, diberi kesihatan yang baik dan saling menyayangi sentiasa.
Terima kasih juga kerana faham dan permudahkan urusan Mummy dan Daddy mencari rezeki.
=)

5 ulasan:

  1. insyaallah diorang okey...sekejap jer masa berlalu kan...nanti masuk sekolah plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Lyn kena biasakan diri dari sekarang. Besok nak mengadap diorang sekolah senang.

      Padam
  2. Alahai kak apesal kita sedih sama ni.. Takut lak rasa nk hantar si adik gi taska nnti sebab ni first time ank kita dok pengasuh pastu gi taska..abgnye dulu baby lagi dah hantar taska..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih memang sedih rinie tapi kena hadap realiti. =) Good luck to you too ye.

      Padam
  3. aku pun sedih je hantar baby semalam...mood nak koje masih kelaut....

    BalasPadam