02 Januari 2015

Hai 2015!


Salam 2015 semua.
Semoga semuanya bersemangat untuk menghadap tahun baru masihi dengan semangat dan azam baru.

Hari pertama 2015 tahun ini, pagi-pagi lagi I dah kena marah dengan Ibu sebab dari malamnya ibu telefon, tapi tak berjawab. Telefon Azreen lak takde bateri dan tak cas.

Maaflah ibu, bukan tak mahu menjawab panggilan, tapi anakmu ini berjuang melawan kesakitan ibu! Kita is sakit perut T___T Bila ditanya kenapa sakit perut, I hanya mampu menjawab makan asam jeruk walhal, gigih taknak makan nasi sebab mahu kurus kononnya. Tolong lah Nurain, kau tu dan nasi berpisah tiada, lagi mahu menyiksa diri, maka, mendapatlah kau kan!

Berbalik kepada panggilan dari Ibu, satu  berita sedih yang diterima. Kakak saudara I meninggal dunia pada 31 Disember selepas Maghrib. Ibu cerita,

Jenazah dia Kak Long, senangnya nak diuruskan, lembut, wangi. Mudah segala urusan dari dikapankan, hingga dikebumikan. Orang takde dosa kan, mudah aja segalanya.

T______T

Alhamdulillah, Allah permudahkan pengakhiran Along Esah. Alhamdulillah pengakhiran Along Esah juga lancar walaupun di hayatnya dia sakit menahan derita. Semoga Along tenang di sana ya. Tamat sudah derita Along di dunia. Moga Along ditempatkan di kalangan para muslimin dan muslimat.

Teringat lagi di waktu buat makan-makan keluarga haritu, masih terbayang lagi di mata ni, pandangan Along Esah dari tingkap rumahnya. Ya Allah, tak sangka sangat. Rupanya, itu adalah pandangan dia yang terakhir untuk kami.

Al-Fatihah untuk arwah Along Esah.
Yang pergi tetap pergi, yang hidup tetap kena teruskan kehidupan.
Moga pengakhiran kita semua nanti juga akan baik-baik seperti Along Esah.

Untuk adik-adik I, ingatlah ya. Tak sempurna seseorang itu, tak semestinya pengakhiran juga tak sempurna. Malah Tuhan janjikan sesuatu yang lebih baik untuk menutup ketaksempurnaan itu. Yang penting, sentiasa bersangka baik, sentiasa berbuat baik dan sentiasa ingat Dia semestinya.

Walaupun permulaan 2015 I agak sedih, doa I, moga 2015 akan terus bersinar untuk lebih banyak lagi kebahagiaan dan kegembiraan.

Hai 2015!
Hai kegembiraan dan kebahagian.
Hai cabaran baru dan cerita baru yang bakal diwarnai ;)



5 ulasan:

  1. selamat tahun baru nurain..takziah untuk awak dan family

    BalasPadam
  2. Salam takziah kak and ya selamat tahun baru juga. :)

    BalasPadam
  3. Innalillah.. salam takziah kak ain..dan jom hi sesama kat 2015! hehe..

    BalasPadam
  4. Takziah buat Ain dan keluarga.

    BalasPadam