19 Januari 2015

Alive 3D Art Gallery, Dataran Segar, Port Dickson

Harap maaf, ini adalah entri yang panjang kerana ada banyak gambar.
Haha.

Sabtu lepas, I ajak Azreen singgah kat galeri ni sebelum kami pergi berendam kat Primaland. Potpetpotpetlah mulut mamat tu bila I selit agenda lain pula dalam plan asal. Haha.

Alive 3D Art Gallery ni terletak di Dataran Segar, Lukut Port Dickson. Landmark kalau nak ke sini, cari Giant Lukut, galeri ni terletak  dalam dereta kedai berdepan dengan Giant.

Bila nampak bangunan ni, maknanya  dah betul lah arah tujuan tu.

Main Entrance

Entrance Fees. Kalau pergi time cuti sekolah dapat jimat banyak sebab time tu lah depa buat promotion.

Ok, kasut bertumit tidak dibenarkan masuk. Harap maklum! Silalah berkaki ayam kalau tak patuh pada arahan.

Masuk-masuk je korang akan jumpat bilik ni. I try capture banyak pictures kat sini, tapi tak nampak perbezaan apa pun. Last-last assitant kat situ offer tolong ambilkan. Terus nampak bezanya. Haha.
Sebenarnya, untuk setiap gambar, ada picture point dia. Silalah berdiri di picture point yang disediakan. Jangan main redah je macam ahkak tudung hitam tu. Haha.


Memula pot pet pot pet bila nak singgah sini, dah sampai, tengok, siapa yang lelebih ambil gambar? Ahkakkk juga yang kena jadi photographer. Cis!

Eh, dia lagi! Kali ni nak kena telan dek singa lak tiga beranak ni.

Dan, dia lagi. Bergambar nombor satu  betul mamat T'Shirt pink tu *__*

Kat setiap level ada assistant yang boleh bantu uols ambil gambar. So, kalau agak-agak gambar yang korang ambil biasa je takde nampak effect apa pun, maka, jangalah malu-malu pergi minta bantuan. Haha.

Yang ni pun bukan I yang capture. Assistant kat situ capture guna tenik yang betul.

Ewahhhh, memang semua gambarlah muka dia aja!

Syabbas kakak! Pandai belakon. Adik aje yang takde perasaan. Haha.

Adoii, kantoi di situ. Kalau tak, nampak macam kepala I tergantung tanpa badan je. Budak dua orang ni memang tak boleh nak kautim. Mengekor je mana Mummynya pergi.

Gambar yang jadi setelah dicrop! Kalau tak crop, ada kepala Reezqy lah, Iman Raneeya melompat lah, Reezqy peluk kaki lah. Stress Daddynya kena snap 4 5 kali. Kahkahkah!

Kan I dah cakap. Korang layanjelah tengok ye mamat T'Shirt pink tu.

Ewahh, adik pun nak berlakon juga.

Lari mulut naga, masuk mulut boya tajuk dia!

Kalau kakak ke depan sikit, nampak real dah gambar ni.

Helppppppppppppppp, kami tergantung atas building tinggi ni!

Reezqy: Kenapalah Mummy pose macam  ni???

Sila isi caption sendiri.

Salah satu contoh gambar yang tak edit sambil Reezqy menyankung kat depan *_*

Dia lagi!

Semua dia je lah! *ahkak give up


Kat setiap level ada dia bagi tips macam mana nak bergambar. Silalah rajin-rajin tengok tip. Jangan sibuk teruja terlebih tanpa ikut tips dan cari picture/photo point. *macam ahkakk lettew

Layannnnnn!

Galeri ni ada tiga tingkat. Time I pergi haritu, hanya ada I  dan family dan satu group lagi couple. So memang tak ramai orang dan tak berebutlah nak ambil gambar. Ambil masa sejam jugalah nak snap semua tempat. Kalau ramai, mungkin akan ambil masa berjam-jam kot.

Tips kalau nak pergi,
1. Jangan pakai kasut bertumit.
2. Datang pagi-pagi.
3. Datang berkumpulan, lagi ramai lagi meriah, takdelah kau sorang je yang kena jadi photographer. Haha. :p
4. Makesure anda adalah seorang yang suka bergambar macam mamat T'Shirt pink tu
5. Sila kreatif untuk menampakkan gambar tu alive.


Ok, dah!

10 ulasan:

  1. Yang t-shirt pink tu yang akhirnya lebih sudu dari kuah. Tabahlah kak. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nak 5 tahun bertabah nad. Dah paham beno haha

      Padam
  2. menarik sangat tempat ni. mezium 2d shah alam icity pun tak pergi lagi hahaha

    BalasPadam
  3. kene masuk dalam list tempat nak pegi lagi. adoiiii!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tak jalan2 nesmilan lagi kan Qis, so sila masukkan dalam list

      Padam