Jumaat, 28 Februari 2014

Khamis, 27 Februari 2014

Bila dah berkahwin ni, kadang-kadang kena pergi bercinta juga. Haha.

Semalam pagi, dan refer pada posting ni SWEET ESCAPE KITA,,

On the way nak pergi office:

Suamisah: Awak tak rasa ke life kita ni boring je. Gelap pagi dah pergi office. Gelap balik pula sampai rumah. Hari-hari rutin yang sama je. Weekend, tak ngemas balik kampung. Tak balik kampung, ngemas.
Isterimithali: Habis tu awak nak macam mana? Takkan nak suruh I buat tarian tiang lak seminggu 3 4 kali.

Suamisah: Kahkahkah. Awak ni kan, orang seriuslah.
Isterimithali: Aku pun serius ni ha. Iman Raneeya, Mummy kata jangan pijak kaki adik kan. Duduk, duduk! Kang jatuh macam semalam tu nak? Iman ingat tak Iman jatuh macam mana semalam? Sakit kan? Pijak kaki adik bla bla bla bla...

Iman angguk then duduk tapi kaki tetap kuis kaki Iman Reezqy yang slumber dek asik tujah-tujah ibu jari ke kaki kakak dia dan Suamisah hanya mengerling je lah thru cermin pandang belakang.

Suamisah: Yang, hari ni kita E.L nak?
Isterimithali: Haishhh, tak elok lah EL EL. Nanti rosak rekod perkhidmatan. Effect pencen. Nak cuti, apply la ikut cara dia. *main belasah je jawab.
Suamisah: Hmmm, susah betul kahwin dengan BFF Pendaftar ni.

Suamisah: Apa kata kita dating harini nak?
Isterimithali: Awak tak rasa bersalah ke hantar anak pergi taska, hantar anak kat mak lepas tu kita dua pergi dating?

Suamisah: Adoiii, ada aja jawab dia lah. Sekarang pilih, awak nak pergi ke tak?
Isterimithali: Nak!

Haha.
Maka, dengan rasa bersalah dan macam-macam rasa yang ada, kami pun meneruskan misi sweet escape kami.

Happy dapat pergi. Curious apa kata MIL nanti. Annoying sebab suami suka paksa-paksa. Sedih sebab pergi dating tapi anak tinggal.

Hmmm, dah jarang ambil gambar begini. Apasal tah. Sekarang ni, bernafsu ambil gambar banyak-banyak dengan anak je. Kahkahkah.

Terus tukar kasut. Dengan harapan, kang lenguh berjalan, boleh beli kasut lain.

Nyinggah breakfast di tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh  bangun malas rajin pergi kelas. Haha.

Food hunting: Roti canai melayu. Sedap oiii. Sekarang ni,  payahnya nak dapat makan roti canai. Memang, kedai mamak belambak je macam cendawan tumbuh,  boleh pergi beli roti canai, tapi dalam hati I tetap akan fikir, mamak ni memang mamak ke atau India betul atau sekadar meletakkan surah-surah Al-Quran di premis lepas tu yang kerja masak, tebar roti semua India betul. Kalau I suruh dia ngaji boleh ke agak-agak dia baca. Hmmm. 

Food hunting lagi: Ini sangat sedap. Ini sangat menyihatkan. 


Apasal sos ni sedap sangat hoi. Bila makan kat Jonis ni Azreen lak tanya I. Jonis ni awak tak curious  kehalalalan dia pulak macam mamak tu? Adoiii, susah nak jawab soalan tu tapi I tengok Jonis tu ramai je pekerja dia Melayu kita. So, I yakin lah nak makan kat situ. Jonis ada sijil halal ye.

Dan semalam,
Alhamdulillah, dapat merasa nikmat makan dan menghayati makanan tu.

Takda nak kena take turn makan sambil telan ailiyo tengok salah seorang makan dulu sambil berharap jangan lah dia ni habiskan lauk atau ambil bahagian I hahaha.
Takda nak kena, bertindak pantas tolak pinggan dari dicapai Reezqy yang selalu suka kemas meja dan campak barang ke bawah.
Takda nak kena berderau darah tengok Iman Raneeya angkat gelas kaca minum sambil berdiri dan hampir terlepas gelas ke.
Takda nak kena tengok salji bertaburan di atas lantai mahupun meja.
serta,
Takda juga dengar alunan suara merdu Iman Raneeya dan Iman Reezqy menjerit di dalam kedai.

Haha.
Tapi kan,
Sebab dah immune dengan keadaan makan kat kedai dalam keadaan chaos, rasa macam takde challenge pulak haihh makan senyap sambil pegang tangan bertentang mata ni.

Kahkahkah.

Dan,
Tak berapa nak best pulak, bila keluar berdua sambil berpegang tangan,
tapi hati teringat anak.
Tak feel dating oii.
:p

Rabu, 26 Februari 2014

Sweet escape kita.

Renung mata dia,
Jeling mata pula,
Rasa debar itu tetap ada,
Tetap sama,
Seperti masa mula-mula jumpa.

Ok,
Satu empat tiga.
Sayang kita, cinta kita, harapnya sampai syurga.
Insha Allah,
dengan izin Dia.

:)

psst: curimasacaricinta.

Selasa, 25 Februari 2014

Balkidz, the bloger #2

Eh eh, gambo kita pun ada pada OP dia lah, so haruslah tepek di blog sendiri. Haha.



Cerita tentang majlis ni boleh di baca di SINI SINI SINI

Isnin, 24 Februari 2014

Vietnam Trip: Day 2

Hello Vietnam. Morning view dari rooftop Hotel Lavender tempat kami menginap. Hotel yang kami menginap ni depan Ben Thanh Market. Tu yang nampak atap merah tu Ben Thanh Market la tu.
Ok, kita sambung cerita hari kedua pula tentang Vietnam Trip I ni. Since semua dah diaturkan oleh Travel Agency, untuk hari kedua aktivitinya adalah melawat Thien Hau Temple,  War Museum dan Chu Chi Tunnel.


Bila sampai ke Thien Hau Temple ni I macam, eh apasal kena masuk temple lak. Hadoiiii. Tapi bila Pensyarah cakap, melawat tempat orang, kita belajar lah tentang diorang, so I hadapkan ajelah. Haha.

Abadikanlah kenangan di temple ni. .

Ni bahagian dalam.

Kertas Pink ni adalah kertas sembahyang yang dituliskan nama orang-orang yang ada buat sumbangan untuk pemuliharaan temple ni.


Ni korang nampak cantik je kan? Haha. Ni kemeyan sembahyang ni tapi dibuat dalam bentuk macam tu.
Then lepas dengar taklimat dan snap gambar apa yang patut, kami bergerak pula ke War Remnants Museum. Since dorang ni kan baru-baru nak up lepas perang, so, kebanyakan bahan pameran yang berkaitan dengan perang memang banyak la kat sini. Cerita-cerita perang pun fresh aja.

Again, museum dorang takde aircond.  :p
Lukisan artis tentang gambaran mangsa perang. Sedih je tengok ni.



Mangsa radiasi ejen oren.

Antara mangsa radiasi ejen oren yang bekerja dalam museum ni. Ada yang buat kraftangan dan ada yang main muzik.

Bommm kebabom nama dia.

Adik beradik bom peluru apa apa je lah. Haha.

Kat luar ni ada banyak pesawat dan kenderaan perang yang diorang gunakan masa perang dulu.

Pengantin baru  bergambar bawah perut kapal terbang.

Untuk lunch pada haritu kami di bawa ke tempat makan yang macam cantik macam comel je. Nama tempat I tak ingat lah. Tapi kedai ni serve halal Indian food lah.

Salad kacang kuda bersama sesayur.

Love birds in red
Lepas dah kenyang kan perut, kami meneruskan agenda yang seterusnya iaitu lawatan ke Chu Chi Tunnel yang terletak di Daerah Chu Chi, Vietnam. Perjalanan ke sana ambil masa dalam dua jam juga lah. Dengan keadan jalan yang tak berapa rata, mabuk I menghadap perjalan ke sana.

Di Vietnam ni, mostly penduduk di sini  naik motosikal. Kalau korang jalan-jalan kat sekitar bandar, akan ada kedai-kedai yang jual helmet comel-comel  dan pelbagai warna. Rasa macam nak beli satu, tapi kat Malaysia bukan boleh pakai pongs :p

Jalan raya kat  bandar Ho Chi Minh ni sokmo sesak aje.
Lepas dah lalu jalan lurus, jalan bengkok, dilambung-lambung dalam bas, maka tibalah kami di Chu Chi Tunnel atau Terowong Chu Chi.

Di pintu masuk Terowon Chu Chi.

Sebelum meneroka kawasan Terowong, pelawat akan dipertontonkan tayang filem pendek mengenai terowong ni.
Chu Chi Tunnel ni adalah terowong tinggalan Komunis Vietnam, iaitu Viet Cong yang digunakan sewaktu perang dahulu. Laluan terowong ni digunakan untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri. Kat dalam terowong ni juga lengkap dengan tempat simpan makanan, tempat simpan ubat, dan sepanjang perang diorang menghabiskan kehidupan harian diorang dalam terowong ni.

Pengunjung di  beri peluang untuk merasa sendiri pengalaman berjalan dalam terowong ni. Serius, sesak nafas time try. Berjalan dalam gelap dengan hanya meraba-raba dinding, makoii, 10 minit dalam tu rasa macam berjam-jam. Terowong ni asalnya panjang dalam 200 km, tapi banyak yang  rosak disebabkan kesan daripada perang. Untuk tujuan lawatan ni dia bagi cuba yang pendek je. 

Salah satu pintu masuk dalam terowong tu. Kalau bertahun duduk dalam ni, keluar-keluar memang bongkok je lah tak leh tegak.

Pintu masuk yang ni I tak celuihhh. Ni pintu masuk untuk orang kuruih celuih je kot. 

Eh, baca sendiri je lah apa dia tulis. 

Salah satu trap diorang. Kalau-kalau tengah menyelamatkan diri, tiba-tiba askar hilang, maknanya diorang masuk dalam lubang macam ni lah. Lubang tu direct sambung ke terowong.

End of the visit, kita dijamu dengan makanan perang iaitu ubi rebus dengan kopi 'o'

Tempat jamuan makan. Bawah khemah je pun. Dah macam pergi berperang dah ni.

Siapa yang rasa nak mencuba menembak, kat sini disediakan juga. Kena bayar kalau nak try tapi I tak ingat berapa ringgit sebab I tak cuba pun. Malas.

Ni tah apa kerja memasing tah. Aktiviti bebas kot lepas tamat lawatan kawasan terowong.


Selesai melawat, petangnya, kami pulang semula ke Ho Chi Minh City. Jalan pergi dan jalan balik sama je. Nak jadi cerita, time balik tu, boleh pula I muntah. Berhentilah bas ni tepi jalan sebab nak bagi laluan kat orang muntah. Terus timbul rumors time ni I pregnant. Kahkahkah

Malam tu, tempat dinner kami adalah di Restoran Lion City (Halal). Kat sini makanan dia memang menepati citrasa tekak Melayu hakakkk. Since owner kedai ni orang Singapura katanya, makan makanan dia memang sebijik macam masakan Malaysia lah. Classmate siap tapau Mee Goreng lagi untuk kudapan sebelum tidur. 

Berdiri kat depan kedai tu, tapi tak tahu kenapa, gambar tak termasuk dengan signboard kedai.

Ok, done cerita tentang Vietnam Trip Hari Kedua. Next, kalau rajin, kita sambung lagi ya.

Vietnam Trip: Day 1

Khamis, 20 Februari 2014

Iman Reezqy yang jarang dipostkan dalam blog. Haha.

Orang kata, anak kalau baru seorang, memang pagi petang siang malam, takda cerita lain. Tak kira dalam blog, facebook, mahupun Instagram, memang muka anak je lah enteprem dari mak. Tatang pun kan main, bagai menatang minyak yang penuh, usaha kemain tak bagi tumpah.

Cuba tengok bila masuk dua?
Kahkahkah.
Maka, I lah orang yang dimaksudkan oleh orang-orang itu.

Selalu anak nombor dua ni menerima nasib macam Iman Reezqy lah.
Jaghang-jaghang Mummy dia update, tepek muka dalam blog, cerita pasal dia.
Yelah, tangan Mummy ada dua je nak. Satu tok Daddy, satu lagi tok korang berdua.Memang takda masa lah nak cerita sokmo dalam blog. Ampunnn ye.

So, harini mehla  kita tepek gambar Iman Reezqy, lepas tu cerita perkembangan dia yang seminggu lebih lagi dah nak masuk 10 bolan.

Dua beradik: ada masa bercekau, ada masa baik.

Skil 9 bulan: Pantang jumpa benda yang boleh dipanjat, semua dipanjat, lepas tu lepas tangan perasaan hebat, then jatuh terduduk. Haha. Badan pun dah susut dah sebab banyak buat 'kerja'.

Tidur tak pernah nak lamanya. Malam pun sama. Minum susu memang ontime walaupun sedang tidur.

Tetap usaha nak berdiri walau dalam kereta.

Adik Reezqy. Haha. Semua panggil dia adik. Ibu I lak marah kata jangan panggil adik sebab nanti dia akan ada adik juga.

My heroes: seorang pintu nak masuk ke Syurga, seorang tukang hantar doa bila Mummy dah takde  nanti. =) Nampak budak kecik di hujung sana? Tu lah kakak Iman Reezqy. Pantang jumpa padang, berlari saja takmau duduk diam.

Adik beradik. Haha. Tu je caption yang Mummy mampu letak. Boleh?

Iman Reezqy, the handsome boy. Pantang nampak air, berendam taknak berhenti.

Perkembangan Iman Reezqy, 9 bulan 3 minggu:

9 months
What most babies do at this age:

[x ] May be afraid of strangers - Yang ni tak kot. Dia suka je orang tapi syarat orang tu kena berdiri, berjalan tak duduk je. Lagi satu, kalau orang pegang, tetiba nampak Mummy, Mummy tetap jadi pilihan utama dia lah. Haha.
[/ ] May be clingy with familiar adults - Ye kot.
[/ ] Has favorite toys - Musical gitar dan handphone kau hado? Haha. Kan main beriya dok menekan kalau mendapat.
[/ ] Understands “no” - Dia pandang kita balik kalau kita kata jangan, no no no.
[/ ] Makes a lot of different sounds like “mamamama” and “bababababa” - his fave words: Mum mum mum, Nen nen nen. Atatatatak
[/ ] Copies sounds and gestures of others - Kalo kita buat grrrr, atau ba ba ba tu bulan dia boleh tiru
[/ ] Uses fingers to point at things - dia guna mata. malas nak tunjuk-tunjuk. Haha. bila sebut bird, dia pandang langit. bila sebut upin, dia tengok tv. babai pula ikut mood. ada masa dia buat. ada masa tak.
[/] Looks for things he sees you hide - yang ni memang. kalo sorok bawah bantal, bantal lah dia punggah. haishh.
[/ ] Plays peek-a-boo - terpaling suka. cuma dia tak tahu nak sebuk cak je lah bila dia cuba buat.
[/ ] Puts things in her mouth - sekarang memang kena aware je dia dan kakaknya juga. Si kakak tu suka menyuap adiknya.
[/] Moves things smoothly from one hand to the other - ni dah lama pandai dah.
[/ ] Picks up things like cereal o’s between thumb and index finger - ni pun dah lama pandai dah.
[/ ] Stands, holding on - ni dia bajet bajet best je berdiri padahal tak balance pun, kelepek, jatuh.
[/ ] Can get into sitting position - can.
[/ ] Sits without support - can.
[/ ] Pulls to stand - can.
[/ ] Crawls - dah laju. Siap kami semua tak tidur atas katil dah pun sebab sekarang ni kalau dia bangun merata tempat dia ada. Bawah meja lah, hujung pintu lah. Hadoiaiiii. Seriau I kadang-kadang, bila jaga, raba-raba tempat dia tidur, tapi dia dah takda sebab merangkak merata.