Jumaat, 5 Disember 2014

Taman Rama-rama, Melaka

Balik dari Zoo Melaka haritu, kami singgah Taman Rama-rama (TRR), Melaka. Tepi tol Ayer Keroh je lokasi Taman Rama-rama ni dan berdekatan dengan Philea Resort yang lawa tu.

Selalu, kalau lalu, memang nak sangat singgah, tapi sokmo yang terlepas lorong terus jadi tak singgah. So, kali ini, memang aim betul-betul lorong jalannya sebab tak kira apa jadi, nak singgah jugak.

Time nampak benda ni, Iman boleh cakap, eh, hantu pun ada Mummy. Haha. Tu tengkorak lah nak oi. Rumah lipas.


Selain rama-rama, ada juga pelbagai jenis buaya, ular, serangga, beburung dan ikan kat sini. So, takdelah korang bosan melayan rama-rama je ye.




Kat pintu masuk. Tiket masuk RM 15, dan tiga tahun ke atas RM8. Please ignore my hips don't lie tu ye. Haha.

Dalam taman rama-rama ni, Iman Raneeya sokmo menjerit je sebab rama-rama gemar nau melekap kat dia. Haha. Awak manis nau kakak oi, sebab tu butterfly suka. Mummy ni, dah kurang manisnya Daddy ambik. Eh!

Dalam taman Rama-rama lagi. Dok berehat jap. Si kakak takut. Si adik sibuk nak kutip dan tangkap rerama.

Bird section. Lawa nau burung kenit ni. Eh!



Ikan pun ada ha. Kesukaan Reezqy ni. Sampai menyangkung taknak pergi tempat lain nak duduk tengok fish je.  Asyik lah ishhh ishhh ishh (Fish)

Suka ular? Nah, hambik kau sebakul! 

Ikan koi pun ada. Si Reezqy tu, kalau tak pegang, mau terjun nak tangkap ikan tu. Geram kan main dia.

Kalau nak bawa anak-anak,Taman Rama-rama ni  sesuai  bagi I sebab tempat dia redup. Panas tu memang panas, tapi taklah sepanas kat zoo.  Time I datang tu pun tak ramai sangat orang.

Ulat gonggok gergasi, antara serangga yang ada. Makan timun je kau ye, patutlah slim.

Rama-rama, cantik. Tapi hidup tak lama mana.

Daddy, kalau tak menyakat memang tak sah. Dia nak letak Iman sebelah burung tu. Mau tak melalak si cik kak Iman.

Ok, dah la tu anak-anak. Nanti kalau balik Melaka, Mummy bawa ke Taman Rama-rama lagi ye. Tak payah pergi zoo dah. Haha.

9 ulasan:

  1. salam singgah..

    Jemput follow ye
    http://teratakcassia.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. ye la zoo luas sangat.. tmn mini ni ok kot.

    BalasPadam
  3. tanjat gegirl tetiba gambar tengkorak memula.. Hahahah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommy toksah nak tanjat sangat ye. Kang baby pun tanjat kangg

      Padam
  4. wah seronok nye kan la hai bw bebudak ke taman haiwan ni.. :)

    BalasPadam
  5. wah cantik..hrtu ti g zoo negaramasuk gak kat taman rama-rama..tapi rama rama dia kecik ja...sa;am [erkenalan

    BalasPadam
  6. Alaaa ape ulat ulat ni ada dalam ni. T_T

    BalasPadam