10 Disember 2014

Ngomel-ngomel Iman Raneeya

My cheeky girl!

Daddy: Kakak nak tidur baca apa? Bismikalllah.. Cepat kakak baca
Iman: *diam*
Daddy: Cepat kakak, baca apa? Bismikallah... Lagi?
Iman: *diam juga*
Daddy: Kakak, macam mana doa tidur. Cepat  baca..
Iman: Bismikallahumma ahyawa amut lah Daddy. Daddy tak tahu baca doa tidur ke?
Daddy: T____T



Mummy: I rasa nak order kambing lah dengan Kimie. Tapi nak sekilo je. Awal rasa Kimie nak layan ke? Kang order banyak, awak pun makan sama lepas tu sibuk sakit kepala. Nak order biar I je makan sorang.
Daddy: Banyak betul business Kimie ni. Memang business minded betul.
Mummy: Eh, kambing tu business abang si Ajim lah.
Iman: Apa ajim-ajim ni Mummy. Ajim tu kawan Iman, abang Qistina.
Mummy: Eh, kawan Mummy pun nama Ajim lah.
Iman: Ajim kawan Iman je.. Ajim kawan Iman. Kawann Imannnnnnn
Mummy: Haishhh, iyelah iyelah. Iman sorang je yang ada kawan nama Ajim.


Mummy: Potonglah kereta tu D. Lambat betul. Terhegeh-hegeh.
Daddy: Sabar lah awak ni. Lori kan kat depan tu.
Iman: Mana ada pisau lah Mummy nak potong lori. Mana boleh potong lori. Berdoshe.
Mummy: Erkkk..


Iman: Hello Syamil. (guna calculator buat telefon)
Mummy: Iman telefon Syamil ke?
Iman: *angguk kepala*
Mummy: Syamil kan dah pindah sekolah. Kenapa Iman telefon dia?
Iman: Syamil kawan kakak.
Mummy: Ooo, Syamil kat mana tu?
Iman: *cakap kat telefon* Syamil kat masjid Mummy. Hakimi pun kat masjid.
Mummy: La, buat apa kat masjid tu.
Iman: Ok bye Mummy. Iman nak pergi masjid jumpa Syamil dan Hakimi. Nak semayang.
Mummy: Ooo, ok fine.


3 ulasan:

  1. ooo tak tau plak ajim kawan ngan iman. die tak cakap ngan aku pon??
    hahahahha

    azreen, sume aku jual... mak abah je tak jual, hahaha

    BalasPadam
  2. k\comel gila abissss..hahahahah

    BalasPadam