Rabu, 24 Disember 2014

Bukit Merah Laketown Resort

Alhamdulillah, tahun ni ada untung besor, dapatlah office buat retreat. Since masa nak booking dah cuti sekolah, maka semua tempat full house dan yang ada hanyalah Bukit Merah Laketown Resort je.

Even ramai yang kata Bukit Merah tak best lah, itu lah, inilah, daripada melopong tak dapat pergi mana-mana, baik kita grab aje mana peluang yang ada.


Jumaat - Hari Pertama

I dan urusetia berkonvoi gerak ke Bukit Merah. Siap ada Marshalnya. Lagi best guna walkie talkie kan, memang sepanjang jalan, driver merapu sesama driver je lah untuk menghilang kan ngantuk. Pukul 12 kami gerak dalam pukul 5 macam tu kami sampai.

Budak dua ketul ni dalam kereta memang tak tentu arah jadinya. Perjalanan jauh kan, even dah bagi tab semua, tetap tak boleh hilangkan kebosanan diorang.



Tengok, manalah mak kau tak kena adjust tudung sokmo Reezqy! Dalam tudung pun dia boleh jadikan tempat permainan!

Kat Bukit Merah ni, tempat seminarnya adalah di dalam Theme Park. Dari bilik kena jalan poloh-poloh ketiak sikit, then baru jumpa bilik seminarnya. Slim sekejaplah I time kat sana. Asik ulang alik bilik seminar bilik, bilik ke bilik seminar aje. Haha.

View depan bilik seminar dalam pukul 6 lebih. Belakang Azreen ialah cafe dan bilik seminar, depannya jeti untuk pergi ke Pulau Orang Utan.

Lepas dah settelkan bilik seminar, baru lah heret anak dan suami check in. Dalam bilik ada satu katil queen dan satu katil single. See, tempat lama kan. TV pun masih kotak lagi. Haha. Since I dapat bangunan yang lama, so bilik dia nampak agak horror le juge :p

Malam tu start sesi pertama untuk program kami. As usual, macam bengkel-bengkel yang lain, sesi pertama lebih kepada sesi ice breaking dan aluan dari Ketua Jabatan je lah.

Eh, ni gambar siangnya tadi. Terselit pula kat sini.  Adik tak sabar-sabar nak mandi. Saje je dia lalu kat air pancut tu.


Sabtu - Hari Kedua

Lepas breakfast, bengkel bersambung dengan sesi seterusnya. Kami yang urusetia pun kena juga perah otak untuk inovasi bahagian pentadbiran.




Pagi tu juga, untuk hilangkan boring budak-budak, I suruh Azreen bawa bebudak mandi kat kolam belakang bilik je. Tiket water theme park I pegang, so memang diorang tak dapat masuk pun. Takdenye lah I nak bagi diorang pergi tanpa Mummy tercinta ye.




One happy family at Bukuitt Merahhhhhhh Laketown Resort ~ sila nyanyi macam dalam iklan tu

Happy Reezqy dapat conquer kolam. Semua orang kena ketepi untuk bagi laluan kat dia.

Since besoknya nak balik dah, Azreen bagi cadangan supaya kami masuk water theme park petang tu. Dia takut tak larat nak drive kalau kami mandi manda besoknya. Jauhkan nak balik nanti. Kalau driver penat, ada yang isteri driver pula  kena drive sampai ke Nilai. So, kita ikutkan ajalah cadangan driver tu.

Maskot ni ada je berlegar-legar sokmo. Kita tangkap dia dan paksa masuk dalam gambar kita. Haha.


Kemain kakak posing di tepian pantai buatan.


Memang seronok sangatlah kan mandi sambil tudung melekap kat telinga haha. Dengan tshirt bengkel sekali I bawa terjun masuk air.


Lepas mandi petang tu, terus hakakkk urusetia ni lari laju-laju balik bilik sebab nak ready untuk Dinner malam tu pula.




Dinner malam tu, I jadi Emcee. Tapi, nak dijadikan cerita, si Reezqy kan dah penat berendam siangnya, boleh pula di meragam malam tu. Terus tak lengah-lengah, I paksa Azreen sambung kerja I. Nasib lah suami den memang talented. Terus hidup majlis time dia mengacara. Thank you suami! Tak sia-sia I bermasam muka dengan you ok sebab mula-mula you taknak pergi. Ha, hambik, terus I bagi hadiah suruh jadi Emcee kat you ;p


Ahad - Hari Ketiga

Hari Ketiga, lepas breakfast dan tutup majlis, para urusetia kemas barang dan settlekan urusan check out dan pembayaran.

Azreen pula, I suruh bawa lagi budak-budak ni pergi mandi kolam. Itu jelah nak umpan diorang diam. Bagi upah mandi kolam sampai kecut.

Mummy siapkan diri, Daddy siapkan anak-anak. Daddy mithali angat-angat ni!

Dapat main air memang kegemaran kau lah kan dik!





Lepas settle kemas dan check out dan sementara nak tunggu lunch, kami ke Ecopark. Again, kena jalan kaki juga ke Ecopark ni.

Mana Iman Raneeya? Haha.
Dalam ecopark ni, binatang yang tak berbahaya bebas je berkeliaran. Tu diorang tengah sekodeng merak yang sombong. 



Ada section pet. Binatang kat sini semua stock yang comel-comel macam nak gigit je.

Reezqy kalau tak dikejar tu, memang dia dah masuk dalam kandang join the rabbits.

Hai monkey, kata Iman Raneeya.  Tu ungka lah kakak Iman!

Ayam gemok ni pun ada. Makan apalah ko yam sampai jadi gemuk gitu.

7
Tengah-tengah berjalan, melintas pula merak yang sombong ni.

Baby landak. Even nampak comel macam nak gigit-gigit je kan, tapi duri dia tajam oi.

Buat apa tu cik merah yang lawa? Berangan lettew kan sampai kita snap gambar pun dia tak perasan.
Balik dari Ecopark lalu depan Kampung Air ni. Cantik tempatnya. Kalau ada rezeki lebih nanti, bolehlah stay kat sini pula, Insha Allah.

Then, lepas lunch, terus kami laju-laju gerak tak tunggu urusetia lain balik ke Nilai. Azreen nak kejar bola malam tu. Game MU tak silap I.

Overall, bagi I ok je Bukit Merah  ni.  Cuma bilik memang horror sikit, tapi elok je I anak beranak tidur. Kalau jejiran bilik dengar Reezqy melalak tu bukanlah sebab dia tak serasi dengan bilik tu, tapi sebenarnya dia memang melalak malam-malam bila nak susu. Takpun, dia sibuk nak main dalam bilik air. Haha.

Food kat sana pun ok (kari kambing dia meletup oiii, cekodok dia pun sedap cicah kuah kacang!!), tapi kalau uols perasan I takde ambil gambar makanan pun kan kan? 

Buka apa, I busy handle budak dua ketul ni. Diorang kan boleh tahan behave nya time makan T___T Siap buat cafe tu macam rumah sendiri lagi, main tabur-tabur nasi sambil tak rasa bersalah langsung. Tu belum masuk diorang jerit-jerit dan main kejar-kejar lagi. Hadoilah anak.



Oklah, dah. Tu je. Sekian sahaja I melaporkan berita dari Bukuit Merah. Tata semua :)

10 ulasan:

  1. tak pernah jejak kaki lagi kat bukit merah nie...insyaallah ada rezeki lebih boleh la pergi next year lepas habis pantang...

    BalasPadam
  2. Meriah betul budak dua orang tu dengan siming pool. Mak apak dia pun samo eh. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air dan kekanak memang berpisah tiada dik oi

      Padam
  3. Alhamdulillah...bestnya...jenjalan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dapat jenjalan tanpa keluarkan duit sendiri ;p

      Padam
  4. Haha..cam kita gak ni kak..gi bengkel hangkut anak beranak laki semua..k.ain canteq tak berubah dari zaman skolah dulu..tapi takut dulu nak tegur..antara senior otai ni kan..haha.. pkai tuala panjang tutup pala time riadah petang..eh!

    Ibu RizqRaifa

    BalasPadam
    Balasan
    1. La rinie, akak igt ko student FST je, sekali junior teknik juga ke? Alahaii keciknye dunia.

      Padam
    2. Kita junior TiPD la kak..kita dak blok lama gak..

      Padam
  5. kalau nak bawak budak2 biar tempat tak mahal dan kecik.. ade swimming pool ngan mini zoo tu pon kire heaven dah diorang.. kite pon tak penat.. kan??

    BalasPadam