27 November 2014

Pakaian untuk perhatian.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya, terutama kepada kebaikan. Terima kasih sahabat atas perkongsian dan peringatan ini. ;)

Alhamdulillah, selepas terbuka pintu hati nak kahwin, haha :p , Tuhan bukakan juga satu lagi pintu iaitu untuk terus bertudung. Siap keluar pintu rumah nak basuh baju kat porch depan pun, tetap sarung tudung. Siap orang perli, alah kat depan pagar je pun,  siap tutup-tutup semua dah kenapa?

Haha.
Dengar je lah dan  diam sebab I malas nak berbalah.

Di rumah mertua pun gitu juga, even dalam tahun pertama, I masih bebas menayang rambut dan bersalam dengan bukan muhrim, tapi masuk tahun kedua perkahwinan, I dah mula tak tentu arah mencari tutup kepala tiap kali datangnya ipar lelaki. Lepas tu, tiap kali nak bersalam dengan diorang, tiap kali tu juga I pura-pura sibuk basuh pinggan lah, dukung anak lah.  Haha. Mak mentua memang tayang muka pelik  tiap kali I  berkelakuan begitu. Ada juga sekali dua dia tanya, tapi lepas tu dia diam aja terus malas nak ambil port dah.


Pak mentua pun, tiap kali I tiba-tiba sarung tudung, mesti dia akan tanya, pakai tudung nak ke mana? Tapi makin lama, makin dia dah terbiasa, takde dah keluar soalan dari mulut dia.

Tapi itulah, tutup kepala seboleh-bolehnya bukan main berjaga, tapi pakaian tetap masih yang sama. Masih tetap tutup kepala tapi bajunya berlengan pendek. Masih tetap tutup kepala, fashion bajunya bukan main nak sentiasa up to date, tak sah kalau tak ikut potongan badan, tak sah kalau warna tak kebabom siap orang dua tiga kali tengok. Pendek kata, tak sah kalo I tak pakai tanpa menarik perhatian orang. Tah bila nak berubanya pun tak tahu lah.

I tak kata pada sesiapa ya sebab ini I tulis dari hati I sendiri, dan tuju pada diri  sendiri. Harap, yang membaca tidak terasa hati. Penulisan ini lebih kepada muhasabah diri sendiri je.

Kawan I ada kata, sebab kau ambil course Secretary kot, sebab tu kau dah biasa nak lawa-lawa semua. Iya, mungkin betul juga kata dia tu. Tiga tahun kot, kami dah terbiasa setiap masa diperhatikan pensyarah. Siap ada sekali I pakai sandal takda tumit pergi class, pensyarah siap sound sebab tak jaga penampilan diri.

Berpakaian untuk perhatian. Rasanya, hampir semua perempuan sama. Nak pakai cantik-cantik, nak nampak menarik. Tapi tanpa kita sedar, pakaian kita pada masa yang sama adakalanya berlebih-lebih tanpa mengikut apa yang  sepatutnya.

Islam sendiri ada menggariskan, bersederhana dalam segalanya, tapi I sendiri, adakala, I akui berlebih-lebih sebab nak bergaya. Haha. Ingat lagi  tahun 2013, baju raya kami warna mint green, dah ok dah tu. Warna pastel, lembut, cantik mata memandang. Tapi nak juga tu letak warna shocking pink, kononnya nak bagi naik seri baju. Haha.

Hmmm, payahnya lah kan nak berubah ke arah kebaikan. Rasanya, tiap-tiap tahun tanam azam kot, nak berubah kepada yang lebih baik tapi tetap yang satu ni masih tenggelam timbul tak tentu arah perginya.

Sekali lagi, I tekankan kat sini, penulisan ini hanya untuk diri sendiri je. Tidak bertujuan untuk memerli siapa. Hanya peringatan untuk diri sendiri dan Insha Allah, moga adalah peluang untuk memperbaiki diri.

2 ulasan:

  1. okay insap!
    Aku pun kategori tak boleh kalaer kalau tak bold gituuu. Mesti la nak ade oren, mestila nak ade kaler naik sket. huhuhu
    muhasabah diri balik. tiap tahun azam sama. camni jgak nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 x 5 je kita Qis. Aku siap rasa, tuanya kalau aku pakai warna-warna pastel. Hmmmm, memang dasar tak sedar diri betul dah ni =(

      Padam