05 November 2014

Cabaran berniaga.

5 tahun lepas, Ibu pindah Melaka, then dia start meniaga nasi lemak dan kuih-kuih sikit. Konsep ibu berniaga ialah sambil berniaga, sambil sedekah. Sebab itu, sampai sekarang, kuih ibu masih tiga seringgit, nasi lemak daun pisang, seringgit. Tak naik-naik walaupun minyak dah berapa kali PM naikkan :p

Timing pulak, memang Ibu turun ke gerai dia pukul 7, then habis tak habis kuih dan nasi lemak, pukul 9.00 dia tetap balik. Sebab apa? Ada nenek I yang terdampar atas katil perlu diuruskan pula. Perlu dimandikan, perlu ditukarkan diapers, perlu disuap makan.

Itulah rutin Ibu I setiap hari untuk mengisi masa lapang dia selain dari pergi kelas buat kek dan kelas agama.

Tahun keempat Ibu I berniaga, ada satu gerai nasi lemak  baru pula naik. Bertentangan letaknya dengan gerai Ibu I. Ok fine, ibu I kata. Rezeki masing-masing kan Allah dan janji. Takpelah jual produk yang sama, ada rezeki, kita punya. Kalau takde, nanti-nanti adalah nanti tu.


Yang tak bestnya, gerai baru tu tak tahulah dia sakit hati ke apa, bila dia tengok gerai Ibu ramai pelanggan, dia kata, Ibu I mandrem gerai dia. Orang tak nak singgah dan beli jualan dia. Ibu I hanya mampu gelak.

Fikir rasional sudah, 5 tahun kot orang kenal nasi lemak ibu I, then cuba bandingkan pula dengan produk kau yang baru beberapa bulan. Cubalah bagi masa orang rasa. Cubalah bagi masa orang selesa. Ini, belum apa-apa, dah buat macam-macam cerita. Time bilalah agaknya Ibu I nak mandremkan dia. Dari mandrem dia, baik mandrem nenek I je suruh sihat seperti sedia kala.

Gitulah kalau Melayu berniaga.
1. Konsep bomoh memang tak boleh lari punya.
2. Kalau dah jual produk yang sama, bila tak laku, mulalah nak tabur cerita.

Berbalik pada cerita ibu, kini, I pula ikut jejak langkah Ibu. Tapi, I takdelah buka gerai semua tu. Hanya, letak nasi lemak di office sahaja. Ada orang beli, adalah duit masuk. Kalau takde, anggap je, harini belum ada rezeki Tuhan nak bagi. Buat pun tak banyak. Setakat dua puluh ke tiga puluh bungkus satu hari.

Kalau ikut nak cepat kaya, memang boleh produce lebih lagi. Tapi bila fikir ada tanggungjawab sebagai Mummy dan Isteri, tak mau abaikan kerja hakiki dan tak nak pergi kerja serupa zombie, cukup lah buat takat penuh periuk sekali masak je.

Jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi.

Tapi tulah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. This week husband kata, tak payah buat dah lah nasi lemak tu. Orang lain pun ada jual dah, siap ada lauk semua. Cukuplah kita test market sampai takat tu je.

Ok suami.
Saya yang menurut perintah.


p/s: Rezeki masing-masingkan Allah s.w.t dah janji. Mungkin belum tiba masanya lagi rezeki I dan famili.
;)


5 ulasan:

  1. busuk ati tak ke mana...
    tak lama tahannye tu...

    BalasPadam
  2. gilerrr la masak nasi lemak uolls.
    meh pos kat iolls sebungkus dua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu aku pi sana la ye aku masakkan tapi aku takut nak naik kapalteghobang Qis oi :p :p :p

      Padam
  3. bukan rezeki ain kat situ. tak pe usaha lagi, kata nak p B**i........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkkk, p B tu memain je kak. Kita is takuit naik kapalteghobang

      Padam