Khamis, 20 November 2014

Berkhidmat untuk negara.

Assalamualaikum wahai rakan-rakan maya sekalian.

Dah lah tajuk serius, intro pun nak serius sama.
Kahkahkah.
Layankan jelah ye.

Sebab dah lama rasanya tak update blog, so meh la kita belanja gegambar je untuk tatapan. Kang takde rekod lak nak rujuk untuk aktiviti 2014.

Minggu lepas office I busy dengan majlis konvokesyen pelajar, maka kita yang sang pelaksana ni pun turut sama jugalah busynya. Tahun ni buat pertama kalinya I dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyediaan Jubah.

Kami para AJK Penyediaan Jubah yang cun melecuns semuanya. Haha. Ni gambar hari kedua ni. Hari pertama kami pakai baju rasmi. Banyak lagi gambar dengan diorang ni sebab semua kaki bergambo kan, tapi I malas nak pi cari. Last day kami bergambar kenangan dengan Ketua Jabatan dan Naib Canselor.

Tahun ni juga, tambahan tugas, Iman Raneeya jadi flower girl lagi. Jadi singa dibuatnya I bila last minit dia bisik kat I, Iman rasa Iman tak nak jumpa Tuanku lah Mummy. Kemainnn. Banyak cantik muka kak Iman! Terus merembes peluh I keluar  sebab lima minit lagi Tuanku nak sampi hoiii. So, pujuk lah dia juga. Siap Kak Ina sogok tunjuk coklat yang dia akan dapat awal-awal pada dia. Phewwwwwww!



With the GCB, my sifu my BFF, my sistas, my rakan PATI dan segalanya. Haha.

Terpisah dengan diorang ni dalam tugas waktu konvo, tapi time bergambar tetap bersatu kembali. Kahkahkah. Kau mampu tak datang bila kak singa whats app, Koinn, meh sini bergambo.  Berdesuuppp I sampai. Eh, ni lah baju rasmi a.k.a baju sponsor dari unibesti.

Iman Raneeya si flower girl, memula ok, last minit dia boring dah. Haha.

Iman with Mummy and Daddy.

Pengantin of the day, Iman Raneeya. Nyesal pula pakaikan Iman shawl tu sebab asyik ke depan je jadinya. Sepuluh kali betulkan shawl tu nak bagi elok.

Kami lagi di hari kedua bertugas.

Hari Pertama bertugas ~ Ni dengan geng Fakulti. Bergambor dalam dewan. Cantik sangat deco dewan. Geram tengok semua fresh flowers. Rasa nak ramas-ramas je bagi hancur. ;p

Untuk majlis santapan pula, I terlibat sebagai AJK Cenderamata. Bergambar kenangan dengan Fedtri Yahya selepas majlis. Kecik je FY ni. Suara dia, speechless I mendengarkannya. Sedap sangat weh bila mengacara.

Untuk even malam, kami pakat-pakat beli dress dan shawl sama. Mana lagi nak dapat dress banyak size dengan design sama kalau tak kat Poplook kan kan kan. Azreen cukup tak suka I pakai shawl. Dia memang menyampah gila. Haha. Tapi nak buat cemane, shawl trend sekarang lah B oii. Bagi chance lah I nak melaram ;p 

Oh Iman Raneeya, cinta hati Mummy. Tinggal setahun je lagi Iman nak pi taska dah kak, then tukar pi tadika lak. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam je Mummy rasa Mummy bersanding dengan Daddy, tahun depan Iman dah nak pi tadika dah kakak Iman oi. =,)

Cenderamata untuk Tuanku Canselor. Kain tenun Pahang yang gojes nau nau.

Ni masa malam santapan dengan tema garden. Bagi I macam dah ok dah pepokok tu, cuma lagi lawa kalau ditambah dengan lampu kelip-kelip. Akan nampak lagi meriah lak kot.

3 ulasan:

  1. kemain melaram. aku time konvo tak guna nak melaram kang kenen tutup dek jubah gak! kehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko academician Qis, jubah dengan handbag lawa dah cukup dah. Haha.

      Padam
  2. comeynya iman pakai flower crown tu! kemain dia silang kakiii .. ikut mummy leetewww hihihihi

    BalasPadam