09 Oktober 2014

Raya qurban orang kampung. #2

This year, raya qurban di kampung I. So, kita sangatlah happy. Eh, memana raya pun kita happy je lah nye pun. (Azreen baca oi) :p

Dulu abah selalu keluar statement, orang lain dah bercucu, abah ni tak sempat ke tidak pegang cucu sendiri. ~ Statement dikeluarkan oleh Abah sebab I tak kahwin lagi. Rilex lah abah oi. Dah anakmu itu lambat bertemu jodoh, nak buat macam mana. Kan elok abah bersabar. Perancangan Dia itu indah. Ha, ambik setahun satu ha Allah bagi atas kesabaran abah tu. Haha.



Wefie di pagi raya adalah wajib  hatta untuk orang kampung nye punnn.

Seorang tiga tahun lebih, seorang lagi dua tahun lebih.

Raneeya, Daniyal, Reezqy, Rayyan. 3, 2, 1, 3 bulan.

Familywefie tajuk dia.

Tahun ini, ibu malas nak bakar lemang. So, kita kukus periuk kera je sudah. Dok kampung kan. RM15 dapat sarung periuk kera 100  biji. Ada sesiapa nak order?

Tahun ini pakcik I buat korban. So, moh kita bantu buat agihan daging.

Budak-budak bandor ni, balik kampung adalah syurga bagi diorang. Bebas mereka berlari ke sana- sini. 

Selalu Abah takbir dalam rumah je dengan anak dan menantunya. This year, buat bawah khemah lak sebab pakcik makcik sepupu sepapat nak join juga.

Syahdunya dengar orang bertakbir. Lagi syahdu bila mengenangkan mak yang terbaring je dalam bilik. T___T

Malam raya, kami BBQ. Orang kampung pun hebat juga berBBQ hoii. Haishh, sedapnya kambing bakoo!

Yang tak makan kambing, daging, ikan, sila makan ayam. Special marinate by Chef Ain Ya Nun. 

Saudara mara sanak saudara menjamu selera

Homemade cake by Ibu.

Kek ibu buat lagi. Black forest tajuk kek dia.  =)

Time berkumpul gini, memang pantang sua kamera. Manjang aje ada yang nak enter frame sama. 

Adik kedua yang dah bertambah ahli keluarga. Sampai kurus keding melayan dua  hero.

Orang kampung beraya dengan dominos. Yang ni tak buat, kita order je, terus dominos sampai ke rumah. 

1 ulasan: