Isnin, 27 Oktober 2014

Isteri orang.

Bila dah kahwin ni,
bila dah ada anak dua,
bila dah lepas dari fasa bentuk badan yang kejap kembang kejap kuncup,
bila dah lepas dari pengalaman bersalin yang tak tergambar dek perkataan dia punya dupdapdupdap dan sakit nak hadap,
bila dah lepas dari fasa rumah sunyi sepi sebab sekarang rumah tahap bising suara mak siap sama naik dengan suara anak dan bapak,
bila dah self esteem makin tinggi tak payah nak control-control depan orang ramai dah bila nak handle anak,
bila dah sukses menggalas tanggungjawab seorang isteri dan jadi seorang 'SUPER MUMMY',


Tiba-tiba,
Ada pula yang cuba pula nak mengorat,
Hati rasa macam digeletek,
Terus gelak tekekek-kekek,
Sebab,
Terasa bagai si dia cuba bergurau senda berlawak jenaka.

Please lah adik,
Ahkak dah takda masa nak turn back balik ke fasa cinta-cinta,
Buang masa, buang duit, buang kredit dan buang tenaga,
Apatah lagi nak slot in time berdating tak tahu nak letak waktu mana,
Silalah percaya akak ini dah beranak dua,
Siap ada suami gagah perkasa sang nakhoda cinta,
Yang mana mereka sentiasa menjadi saka akak mengikut setiap masa walau di mana jua akak berada.

Kalau masih tidak percaya,
Jangan malu-malu singgah di blog ahkak,
Ain Ya Nun blog di beri nama,
Akaun Instagram pun ada mengguna nama Ain Yan Nun juga,
Tak ketinggalan nama penuh akan diguna di laman sosial Facebook,

Bolehlah di stalk di sana,
Silalah singgah bilamana ada masa,
Don't worry akak tak private akaun
sebab akak memang buka untuk orang yang suka  stalk life akak sentiasa,
Singgah lah ya,
=)

1 ulasan: