21 Oktober 2014

Gadis bunga.

My cheeky Iman.

Last week ada event company, dan macam biasa, I was selected as gadis pentas di bawah jawatankuasa cenderamata. Haha, gadislah sangat kan :p

Dah salah satu job scope yang diamanahkan adalah untuk bagi bunga pada wife TPM. Since I ado anak dara, dan bos kenit I pun suggest suruh Iman bagi kalau I tak kisah, maka malam tu I train lah kakak Iman.

Nanti Iman kena bagi bunga kat Puan Seri tau.
Ok.

Nak cakap apa bila bagi bunga?
Assalamualaikum Puan Sheli.
Ni bunga untuk puan sheli.

Ok, pandai. Kalau Puan Seri tanya, nama adik siapa? Iman jawab apa?
Iman Reezqy.

Eh, silap lak, nama awak siapa?
Iman Raneeya.

Umur berapa?
Tiga tahon!

Ok, pandai.
Iman ingat tau yang Mummy ajar ni.

Lepas tu dok ulang lah dialog tu banyak kali tok bagi perfect.



Iman Raneeya dengan bos kenit. Muka masam sebab I cubit bila dia tak reti dok diam.

Gadis bunga yang tak reti dok diam. Berlari ke sini sana. Haishhh. Tu bungan yang akan diserahkan kepada wife TPM. Lawa sangat bunga tu dan wangi juga.

Iman with Mummy. Cuba bayangkan kalau baju hitam tu jadi gadis bunga. Haha. Mesti seram wife TPM nak menerimanya. 

Ni time rehearsal. Iman asyik lah dok geram kat bunga tu. Nak di ramas-ramasnya.

My little princess dengan Pengerusi Kelab  Setiausaha, Datin Juju :p

Get ready sebab TPM hampir nak sampai.

Malangya, lepas baik punya practice, dan last minute, urusetia maklum, wife TPM tak jadi datang. Maka, time tu juga tugas Iman Raneeya tamat. Haha.

Takpelah kakak Iman, takde rezeki kakak Iman nak jumpa wife TPM tapi rezeki kakak Iman tetap dapat angpau walaupun tak buat apa-apa.

=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan