08 Oktober 2014

Cerita Raya Haji.

Selalunya, Raya Haji atau Raya Aidiladha ni, persiapan semua orang tak beriya macam raya puasa. Dulu, I adik-beradik, kalau Abah tak membebel suruh pakai baju raya, memang kita orang pakai baju biasa je sampai ke petang. Tapi abah, dia tak boleh. Kata abah, bezakan, hari biasa dengan hari raya, bukan hari-hari raya, setahun sekali tu je pun. Sambutlah dengan cara yang betul dan hargainya. Maka, kita pun beriya-iya lah siap juga :p

Azreen pun macam abah juga. Raya haji ke raya puasa ke tetap beriya nak berbaju melayu. Sebelum balik lagi dia asyik dok ulang-ulang, samping jangan lupa yang, samping. Awak tinggal takpe, samping tu jangan. T___T   Punyalah nak melaram kan. Raya haji je kot. Beriya melaram, balik sembahyang raya, tukar uniform kena potong daging. Kahkahkah.


Bersederhana dalam segalanya, tapi dalam gambar sentiasa hover~! :p

Mamat songkok tinggi yang dipinjamkan Tuhan untuk melengkapkan resipi perkahwinan. Haha. Syukran Ya Allah.



Kami di Aidiladha 1435H. Jangan tanya dah bila kami nak menambah, sebab kami dah selesa sangat berempat ni. Alhamdulillah. =)

Add caption

Iman Reezqy yang cuba melarikan diri.

Iman Raneeya takkan bagi chance kat Mummy dan Daddy bergambar berdua.

Reezqy!!

Gegar.

Photobomb orang belakang tu

.love.

Wefie~~~!

Behind the scene. Kahkahkah.


2 ulasan:

  1. wahhhh,sakannya bergambarr.hehehe.pakai timer lettew kan.hehehe

    BalasPadam
  2. Moga berbahagia till jannah. .amin..

    BalasPadam