17 Oktober 2014

Bangi Gateway: Dating with the 'handbags'

Bangi Gateway, syurga membeli belah pakaian muslimah dan syurga tempat makan best. Itu kata orang-orang yang dah pernah pergi.

Tapi bila I pergi, bawa pula the 'handbags' yang tengah boleh tahan lasaknya, memang berpoloh ketiak lah pergi situ. Tak jadi syurga dah haihh.  Haha.

Adik Reezqy yang bermuka suci, yang Mak Ngah Ikin selalu kesian dengan beliau sebab selalu kena belasah dengan kakak sendiri. Haha.

Kiman (Kak Iman) panggilan Arif Daniyal untuk kakak sedaranya. Time baik kemain, siap nak pegang-pegang tangan. Cuba time berebut mainan atau tab, memang taklah kan macam ni.



Bangi Gateway tu luas. Dah penat berjalan meh, kita melepak.

Mak Lang cantik kata Iman Raneeya.

Muka kerek dah keluar. Suara jeritan nyaring mula kedengaran. Time keluar haritu kami try makan kat restoran cina muslim. Tah apa tah nama dia. Owner kedai sampai bagi dessert free sebab trauma kot tengok kelasakan dan kebuasan Reezqy. Siap pelayan tengah hantar air, dia boleh menderam kat pelayan tu. Nasib tak tercampak air dik oiii.

Tuan tanah dan Mak Ngah Ikin.

Bersalin-salin baju budak ni sebab makan comot. 

Kang BG ni ada tempat ni, so sediakan duit je lah bagi diorang ni diam. Sepuluh kali lalu sini, sepuluh kali tetap nak main kat sini juga.

Tiga bersaudara. Yang paling kecil kena tinggal sebab Mama dia tak larat nak jaga dedua. Haha.

Girl's day out sambil pakai tudung sekapal. ;)

3 ulasan:

  1. Hahahaha comel je tudung sekapal. Kita pernah gak pergi sini tapi time tu takde ape lagi. Takpe nanti repeat lagi. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah byk kedai kat situ NN.

      Padam
  2. wah gitu. tudung sgt gojes. bebudak pulak muka sebijik. cam adek beradek :)

    BalasPadam