04 September 2014

Si gemok.

Sebelum pergi UTM Johor.

Azreen: Awak pergi sana jangan ngorat orang yang.
Ain: I tak gitu pun. Orang je yang sibuk  ngorat I. Dulu pun, you yang ngorat I kan. Nak harap I tegur you memang sampai ke mati lah tak. Kan?
Azreen: Hmmm. Orang ngorat pun awak jangan layan tau.
Ain: Iye. Takkan adanya orang nak ngorat perempuan gemuk ni. So you patut bersyukur dengan kegemukkan I ni.
Azreen: Hmmmm.



Semasa di UTM Johor (through WA)

Azreen: Ada orang ngorat tak?
Ain: Takda. Tapi skendel lama ada je tegur-tegur, senyum-senyum. Adalah borak sikit-sikit.
Azreen: Borak apa je?
Ain: Borak hal bola tampar je. Lepas tu dia ada cakap, I dah besar. Tak macam dulu. Banyak betul berubah dah.
Azreen: Dia cakap awak gemuk lah tu yang.
Ain: Ha'ahh. Nasib baik gemuk kot. Kot kurus, ada yang cinta lama berputik kembali lak nanti. Bersyukurlah I ni gemuk tahu?
Azreen: Hmmmmm.


Sepulangnya dari UTM Johor

Azreen: Yang..
Ain: Ye.
Azreen: Tak yah lah kurus sangat. Elok macam sekarang je.
Ain: Motif?
Azreen: Gemuk-gemuk  takde orang nak ngorat! Skendel lama pun tak pandang. Kahkahkahkah!
Ain: Bongok!

1 ulasan: