23 September 2014

Perihal bola: Sarang tebuan jangan dijolok! Haha.

Azreen: Senyap je yang. Jarang awak tengok bola senyap. Tahu lah tak dapat tengok AF, tapi janganlah diam je. Baik-baik iron baju tu, kang ter iron tangan, susah pulak I nak tengok bola ni. Nak kena hantar klinik bagai.
Ain: *diam*
Azreen: Haishhh, passing pun tah apa-apa. Try, try lah! Bodoh! Bola senang macam tu pun tak boleh ambil! Main tah apa-apa!
Ain: Kannnn? Main tah apa-apa. Beli player mahal tu nak buat apa? Buat pameran je ke dalam padang? Apa nama player mahal tu Fakkau? F**k betul la dia tu, tak perform lansung.
Azreen: Erkkkk, sekali dia bunyi, kan main menusuk kalbu oiii!


Azreen: Mummy lah punya pasal ni Iman. Dah pukul 7 tak siap-siap. Lori pulak, time ni lah nak lalu. Time orang nak pergi officelah time juga dia nak keluar.
Ain: Lambat apanya. Macam biasa je pun. Pukul tujuh dah keluarkan?
Azreen: Pukul 7 apanya? Tujuh lima minit baru awak siap kan? Tengok dah jem! Kalau keluar awal tadi takdenye kena tempuh jem macam ni!
Ain: Alah, lambat 5 minit je pun. Orang kalau bola kalah memang macam tu Iman. Ada je yang tak kena. Semua serba tak kena. Cuba kalau menang. Keluar 8.30 pagi pun Daddy kau senyum je tempuh jem.


MIL: Bola menang malam tadi chik?
Azreen: Tak.
MIL: Apa? Kalah? Macam mana boleh kalah?
Azreen: *diam*
Ain: Macam mana tak kalah mak, player paling mahal jadi pameran je tengah padang tu. Haha.
MIL: Alahaiii.
Azreen: Awak diam ea!

2 ulasan: