26 September 2014

Abah kemalangan.


Biasanya after office hour, memang I takkan on WA ke apa ke sebab kalau balik rumah, memang handphone terus jadi hak milik Iman Raneeya. Macam-macam projek dia dengan handphone I. Sesekali je bila rasa tak boleh tidur, barulah online.

So, Jumaat minggu lepas, elok je masuk office, dapat WA dari adik inform abah accident tapi tarikh WA adalah malam tadi. Huhu. Terus tak senang duduk dan call Ibu.

Time call tu, dengar abah gelak-gelak je. Dari cara gelak nampak macam ok tapi Ibu inform, kaki abah luka, tapi taknak pergi klinik. Dia cakap sikit je.

Alhamdulillah abah takde pape.
Alhamdulillah.

Tak dapat nak bayangkan kalau jadi pape kat abah
=(
Dan,

Tetiba teringat kisah di bawah ni bila dengar abah cakap ok je.



Kisah Seorang Abah.


Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan. Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk di sebelahnya.

"Saya tengok Tuan Haji selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka?" soal saya memula bicara.

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan masam perasaan. Biarlah saya upah teksi." Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita." Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."

Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata.

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.

Ya.Allah!
Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunaikan  tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg Tuhan jadikan. Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa, yang teralpa apabila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dgn dunia yg perlu dihambat. Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Al- Fatihah untuk ibu dan bapa yang telah mendahului kità.

2 ulasan:

  1. Naseb baik abah akak takde ape ape. Huhu. Kisah bawah tu kenapa sedih sangattt. T_T

    BalasPadam