21 Ogos 2014

SUKUM 39 di UTM Skudai.

Bersukan ni, ibarat macam nak ambil exam.
Kau study sungguh-sungguh, siang malam baca buku, buat latihan, duduki peperiksaan, cuba yang terbaik, alih-alih result exam gagal.
Tak nangis kau?
Tak luluh hati kau?

Gitu jugalah time I pergi mengadap game ni haritu. Dah korban terawih masa di bulan puasa sebab training malam, korban masa bersama keluarga, tinggal anak suami semua, debar-debar nak hadap pihak lawan, kemudian berlawan macam nak mati dalam dalam game, berjuang habis-habisan, sekali gagal. Maunya I tak nangis? Maunya I tak frust?

Tak terluah dek kata oi dia punya frust tu. Macam putus cinta gamaknya!

Best je team lelaki dapat pingat perak, so kita tumpang lah kemenangan diorang sambil menebus kesedihan.

Dapat pingat, dapatlah diorang naik stage. Kita jeles sangat!



Cubaan kakak seluar pink menyelit nak ambil gambar dengan hero universiti terus disabotaj gambar haakak sebab yang tukang ambil gambar tak reti guna camera 360. T____T

Tahun depan I nak spike macam nombor 11 tu. Tunggulah, I  berguru dengan adik nombor 11. Fitriiii, sila ajar akak. Sila jangan terima offer UKM juga kalau diorang nak offer kau better position di sana sebab kau kena train akak spike tinggi gitu. Tahu?

I agak confius tengok player Volley Ball wanita UNIMAP nii tapi setelah disemak dengan team UNIMAP, mimat (minah + mamat) ni memang tomboy.

Takpelah tak menang, kita tumpang ambil gambar kat stage pemenang je lah.

Kakak USIM, nama dia UKM.  UKM VS USIM, 25-20, 25-23. Dah cuba, dah habis suara jantan I keluarkan, dah habis licin court tu kita slide kan,  tapi masih takde luck kita team oi!

Tawa dalam tangisannnnnnn. 

Teamwork, volley team ke mana saja, hatta dinner.

Frustration hoi!

Volleyball Team 2014. Harap tahun depan takde yang telan bola atau akan adalah cantik manis lain yang nak join the team.

Tak menang game, kita menang selfie jelah ye.

Don't give up team. Tahun depan, kot ada rezeki, ada orang nak lobi, kita cuba lagi.

Kami tak banyak songeh pun tahun ni. Bas tak  hantar ke tempat game, kita jalan kaki. Alah, bukan jauh pun, jaraknya macam dari Canselori pergi Desa Anggerik je. Poloh-poloh jugalah ketiak tapi apa ada hal, atlet kan, jalan kaki is a warm up.  Habis game kami jalan pulan sambil warm down. Lagipun, kami bukan STAR, bersyukur apa adanya sudah. =)

Penat jalan kaki, kami berhenti mana-mana yang patut untuk selfie. 

Tahun ni takde test court, tapi nasib kami baik, UTM tengah bersih dewan, dia bagi kami untuk berlatih. Tq staf UTM yang baik hati.

Cafe tempat kami selalu makan, berkumpul, beli air, bergosip dan tengok cinta 200%. Grill chicken kat sini sedap. Harga RM8 je. Haha.

Eh, habis dah gambar?
Tahun ni juga dalam sejarah sebab kami tak pergi mana-mana pun. Yelah, dah ikut team VB lelaki, sampai ke Final, kami tetap mengekor depa.
Tahun ni juga dalam sejarah, kami main 7 orang dalam game! Tq mak buyung, sebab volunteer nak tolong untuk game kedua.

Petik kata abang driver,
Tengok, korang tak pergi mana-mana, keluar makan malam pun dekat-dekat je, bola tampar lelaki dapat silver.
Cuba kalau lagi korang tak pergi mana-mana, tak keluar, makan hanya makan di cafe je, confirm, nanti-nanti korang dapat emas pula.


Terima kasih abang driver sebab menyedapkan hati kami semua.
Tak sabar nak tunggu tahun depan. Harap-harap, blocker dan setter kami diberi pelepasan lah join team semula.

Jannah,
kalau kau baca ni, silalah goda suami tok join team kami lagi. Kami perlukan spike melintang patah kau tu.
Haha.

4 ulasan:

  1. tahun depan bukan ko peknen ke ain? hahahahahhaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah bincang balik , Reezqy tiga tahun,baru plan anak no 3 :p

      Padam
  2. ala..sedih plak baca..huhu..insyaAllah, saya cuba yer =)
    rindu sbnarnya nak main,nak spike sume.. doa2kan yer..

    BalasPadam