14 Ogos 2014

Save the date: IFTAR DI LUAR.

Salam uols!
Bersiaran dari UTM, Skudai lah kita niari ye.
Sekejap lagi I ada game. Doakanlah ya, supaya kami berjaya, Insha Allah =)

Harini nak post cerita Iftar di luar yang lepas.
Ada plan beberapa kali untuk Iftar di luar. Ada yang jadi dan ada yang tak. Biasalah kan, kita ni hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan.

IFTAR with Ex-SGB (Sek. Men. Keb. Ghafar Baba, Masjid Tanah, Batch tahun lahir, 1983). Alhamdulillah, dapat jumpa diorang ni. Since i left SGB pada tahun 1999 sebab pergi Sekolah Teknik PD, ni lah baru jumpa balik. Lagi, lagi Alia yang free hair tu, kawan sepergosipan dulu. Haha.



Ex-SGB:  with Ayu Hanis (organizer) dan Alia Syuhada. Time skolah I paling tinggi, dah habis skolah pun, I tetap yang paling tinggi juga. Haha.
IFTAR Anak Cucu Cicit Tijah Salim (Family I). Alhamdulillah, ramai yang dapat datang. As organizer, bila meja penuh, BAYAR CUKUP haha, kira dah  berjayalah mengaturkan pertemuan ni. Buat kat Astana Putih je, sama tempat dengan Iftar schoolmate haritu.
IFTAR Geng Cantik Berseri (GCB) at Koyu's Crib. Iftar yang riuh kemain kat rumah orang tengah berpantang, tapi paksa orang berpantang  masak spegetti sedap dan onde-onde terlajak sedap siap Kokin tak bagi makan sebab dia nak tapau. Dapatlah jumpa Baby Ariq yang dah sihat tu juga.  Tq Koyu for having us yang tak pernahnya tak riuh, sokmo riuh menggamatkan keadaan, baik mak-mak juga anak-anak. Bapak-bapak je senyap even duduk borak sesama diorang, suara pun tak berapa hingaq macam geng mak-mak. Kahkahkah.
IFTAR FEM (office). I organizer dan banyak benda yang tak cukup semua tapi Alhamdulillah segalanya dapat di atasi sebab I ada officemate dan abang runner yang sentiasa membantu. Lap you juta-jutalah Abang Azreen (tu yang tengah berdiri dokong anak dalam gambar tu) cantik manis intan payung gemala hati beta! :)
IFTAR  with JJ's clan (Family Azreen). Iftar kat sini adalah dua tiga kali, tapi yang ni je sempat capture, plus yang ni je jemputan semua hadir. Haha. Ramadhan, bulan mulia, Ramadhan bulan keluarga. Best dapat kumpul reramai gini. Dah ramai sangat, kita bentang saprah je lah makan kat bawah.



6 ulasan:

  1. jahanammm sumenyeeee.. hhahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg jahanam. Jahanam diet aku dibulan Ramadhan.

      Padam
  2. kemainnn ko, mcm retis gtu byk dpt undangan, ahakks..
    brape bayaran skali pggil ni?? :p :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Retis balik tabir je ni Na. Bayaran ikut harga Buffet Ramadhon. :p

      Padam
  3. perrrgh dasat tu haaa.. seronok ni iftar reramai..

    BalasPadam
  4. syok betul dapat iftar dekat luar.. :)

    BalasPadam