Selasa, 12 Ogos 2014

Salam di pagi Syawal.

Kalau nak compare salam raya family I dengan family Azreen, memang banyak beza sangat even dua-dua abah I ni sama 'pesen' jenis tak boleh jumpa mic, kalau jumpa memang tak reti berenti bercakapnya. Haha.

Family I jenis salam, minta maaf, salam, cium tangan. Itu jelah. Time salam pun boleh gelak-gelak bagai semua, lepas salam semua mengelupur pi cari makan.

Berbeza dengan famili Pak Mejar ni, tiap kali I nak raya kat sini, confirm pagi-pagi raya I dah rangka karangan nak cakap apa dah time salam FIL I sambil iron baju. Siap tidur pun boleh mimpi I cakap apa sebab mimpi tolong sama ingatkan I   =,)





Tertib kat belah FIL ni lain. Biasanya, lepas balik sembahyang raya tu, Abah akan duduk di kerusi sambil anak cucu semua dah ready. As ketua keluarga, dia akan mulakan tazkirah, lepas tu diikuti dengan ucapan rayanya kemudia diakhiri dengan memohon kemaafan dari semua anak cucu. Habis je sesi Abah, Mak pula bersalam dengan Abah. Lama. Siap saling nasihat menasihati sesama suami isteri. Kemudian, anak sulung dan isteri, dan seterusnya lah ikut susunan anak-anaknya.

Masa baru kahwin dulu, I pun pelik juga. Kenapa diorang ni salam lama-lama. Tiba turn I,  I salam sambil cakap Selamat Hari Raya bah. Maaf Zahir Batin. Terima kasih kerana sudi terima Ain sebagai menantu. Tu jelah. Sweet and sempoi je.

Sebelum I sempat angkat kepala dari cium tangan FIL, abah bersuara:

Selamat Hari Raya juga dari Abah. Abah minta ampun dan maaf jika ada terkasar suara dan menyinggung perasaan ain. Abah minta ain jaga anak abah, seperti mana abah. Walau dia banyak kekurangan, terima lah dia seadanya. Kalau dia salah, betulkan dia. Banyakkan sabar dalam berumahtangga... bla bla  bla bla dan terlalu banyak pesanan dan nasihat dia beri,  yang dari tak keluar air mata, terus jadi sebak merembes-rembes dibuatnya.

Mak mentua pun gitu juga, sama.
Dengan kak ipar pun.
Memang mencair lah makeup  raya yang beriya tu.
=p



Tu empat tahun dulu lah punya cerita.

Tahun ni pula,

Bila tiba turn I nak salam Abah, tak sempat lelama dah dan tak sempat dengar tazkirah abah kepada menantunya dah sebab..

Belum sempat air mata I keluar, air mata Iman pula yang beriya lebih-lebih. Dia nangis sebab dia cakap, Grandpa jangalah buat Mummy. Bersungguh-sungguh dia nangis sebab sebelum tu dia dah tengok Maklongnya menangis. Haha.

Dan,

Yang terpaling best,
Tahun ni pun tak sempat nak minta ampun dan maaf dari Azreen pun sebab sibuk mengejar si Reezqy yang asyik nak panjat tangga.

Haha.

Iman dengan Kakak Syura sebelum menangis.
Iman Raneeya lagi dengan Kak Awin.

Adik Reezqy yang terpaksa dikepit sebab asyiklah nak panjat tangga.

Alah, rilex lah B. Tak minta maaf di pagi Syawal pun, tetiap malam sebelum tidur kan I dah minta maaf dah macam Raja Mariam pesan masa kahwin dulu tu.

Kan?
=)

1 ulasan:

  1. cantiknye kakak rania senyum kepit2.. :)

    keluarga alise pon kalau salam lame sgt berpelukan.. sendu siap berhingus kadang.. *taksempatcapaitisu

    BalasPadam