Isnin, 11 Ogos 2014

Pesanan untuk suami.

Pengantin Lelaki saya. ;)

Dua hari je lagi nak pergi UTM dah. Dari semalam dan pesan macam-macam kat Azreen. Siap repeat banyak kali dah jadi macam dialog lak.


B,
Back kura-kura ni ada baju raya tau awak nak pergi raya rumah Paklang nanti. Kemeja misai adik dengan jumpsuit jalur-jalur kakak tu awak pakaikan diorang time nak pergi nanti. Baju salin untuk siang hari pun ada, kalau nak mandikan untuk malam pun ada baju tidur dalam tu sekali. Napkin dalam tu nanti buat tuala mandi. Sabun dalam botol colgate kecik. Nak pergi nanti jangan lupa masukkan bedak dan beg mekap dorang sekali. Awak jangan nak masuk baju lain lak dalam tu. Ni memang untuk pergi raya tu je. Bakul susu nanti jangan lupa ye.


B,
Baju adik semua ada dalam beg biru. Kalau mak basuh dan lipat pun, masuk semua dalam beg biru. Awak jangan campur dalam beg lain pulak. SEMUA BAJU ADIK MASUK BEG BIRU TAU!

B,
Baju awak dengan kakak semua dalam beg nike. Nanti awak check balik lah kot nak tambah baju awak lagi. Kain kakak, ada dalam ni sehelai. Kot yang ada dengan dia tu nanti kotor, nak tukar baru ambil dalam beg.

B,
Beg kakak pergi taska kena masukkan baju dua pasang. Dah siap lipat dalam beg nike. Ada enam pasang baju dah letak dalam tu untuk hari Rabu - Jumaat.  Pagi-pagi awak ambil dua pasang terus masuk beg taska je. Pampers tiga keping pun masukkan. Botol susu dan bekas susu pun sekali. Macam-macam mana pun, hantar kakak taska tau. Tak larat mak kalau kena handle dua orang. Awak jangan layan sangat drama kakak tu.

B, 
Jangan lupa gosok gigi diorang pagi-pagi. Adik tu, awak gosok dengan kain je gigi dia tapi jaga-jaga jari sebab dia suka mengigit. Mandi pegang adik elok-elok sebab dia tak boleh duduk  diam. Takut tergelincir lak dalam bilik air.

B,
Malam-malam, kalau nak angkat adik dari buai, sediakan susu dulu. Kalau tak dia melalak. Buat 4 scope je sebab buat banyak-banyak dia tak habis nanti. Adik bangun susu 3 kali, pukul 12, pukul 3 dan pukul 5. Awak jangan tidur mati lak!

B.....


YANG, DAH 80 KALI AWAK ULANG YANG. 
I TAHULAH NANTI. TAK YAH RISAU-RISAU. TAK YAH BANYAK FIKIR.
APA KATA AWAK TULIS JE DALAM BLOG AWAK TU. KOT LUPA NANTI, I CARI JE BALIK BACA KAT SITU.
TAKPUN, ADA APA-APA NANTI, I CALL OR WASSAP JE LAH YOU.



*___*
Kita ni risau, nervous, takuitt, rindu eh, sedih, nak ninggalkan awak dan anak-anak 5 hari lah B oiii sebab tu pesan banyak kali supaya awak trauma dan tak lupa!
Haha.







4 ulasan:

  1. Alahaiiii comel sangat tau pesanan kak ain yang panjang berjela tu. Hahahaha.

    BalasPadam
  2. B, kalo kelam kabut sangat dail 999 aje teros.. tengok mane yang sampai dulu mintak tolong diorang handle tau.
    hahahahahaha

    BalasPadam