07 Ogos 2014

Oh Lijiki!


Lagi 5 hari je lagi ni nak ninggalkan anak dan suami pergi bersokan. Macam mana dupdapdupdap nya hati I nak ngadap game, gitu jugalah samanya dupdapdupdap nak ninggalkan suami dan anak-anak. Paling triple dupdap nye nak tinggalkan si adik,  Iman Reezqy atau kakak dia sebut LIJIKI.

Kakak, tak risau mana sebab since dari baby lagi dia dah biasa ditinggalkan sebab I dulu kan time Iman Raneeya lahir, I selalu takda sebab hadir class di hujung minggu. Tambah pula dia dah biasa ditinggalkan di kampung dalam seminggu dua kalau Neneknya nak melepas rindu. So, kakak memang ada ke takda I, dia ok je lah, takde dia ambil kisah pun.

Dadddy? Lagi lah tak payah risau. Tinggalkan dia kat rumah Mak dia kan? Memang dia punya perasaan anak bongsu tu datang baliklah. Maka dapatlah dia bermanja-manjaan dengan Mak dia dalam 4 5 hari time I takda.

Adik ni!
Dah lah dia ni I dapat BF kan almost 6 bulan on off, so chemistry between dia dengan I tu tau-tau jelah kan cemana. Lepas tu sepanjang 15 bulan ni, tidur dia memang berteman I sokmo je. Kalau kena tinggal pun time siang, malam memang berkepit di bawah ketiak ni jelah. Masuk hospital pun, I jugalah yang mengadap dia. Hmmm, tak tahu lah jadi macam mana I tinggalkan dia dengan Daddy dan MIL nanti.

Azreen asyik ngadap I je tanya macam mana ni nanti?
I pula tak tahu nak bagi jawapan tapi soalan balik Azreen, macam mana ea?
Haha.

Apapun, harap-harap, adik dapatlah biasakan diri dia tanpa I untuk 4 5 hari tu nanti hendaknya.
T__T
Tahun depan kena pregnantlah nampaknya ni, so tak payah dah pergi sukan-sukan lagi.
Eh!


5 ulasan:

  1. Mesti sedih kan nk ninggalkan bby ni. kecik lg pulak tu.. gudluck kak ain sukan nnt ye :)

    BalasPadam
  2. dalam 5 hari ni dah boleh ajo tido ngan aren dah. tapi pastikan ko takde. budak boleh kenal bau mak die. so lari la pi kedai ke hape. hahahaha baju busuk ko jangan lupe tinggal. tiap2 hari ni pesan kat die ko nak pi jauh dalam beberapa hari.. adik tgal ngn dady ye.. jgn buat perangan sgt.. mummy syg adik.. mummy tau adik baik.. masa ko pesan tu macam xde ape berlaku. tapi sebenarnye die lagi prepared.

    eh lama ke ko pegi?

    BalasPadam
  3. oohhhh sedih la kan nak tglkan si kecik tu...
    kite tak bersukan tahun ni...huhu
    tak dpt nk bygkan camne kalau tinggalkan eshan kat walid..huhu

    BalasPadam
  4. bersukan? maksudnya apa beb?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rara,

      Pergi sukan kakitangan antara IPTA

      Padam