Selasa, 15 Julai 2014

Tahniah Jerman!


Tahniah Jerman sebab menang World Cup!
Aman tenteram lah hidup kami sekeluarga lepas ni.
Haha.
Tak perlu dah nak kena pergi tutup alarm kat handphone orang tu dah sebab yang tukang set alarm set beriya tapi bangunnya idak pun. Ahkakkkk ni jugalah yang nak kena pergi offkan handphone lepas tu kejutkan dia sambil cakap, bangunlah game bola dah nak start ni.
Tak perlu dah nak kena tolong tutupkan tv bila bangun pergi toilet sebab sakit  hati tengok tv terbuka tapi yang tukang tengok elok tidur berlagu-lagu dengkurnya.
Takda dah pagi-pagi buto orang memekak  jerit gol lepas tu dengan dedua Iman pun bangun sama.
Tak payah dah nak bagi tazkirah terawih pada orang yang dahulukan bola dari terawih.

Kahkahkah.


Yang penting,
Nasib German menang.
Kalau tak, penatlah nak  hadap orang muka tak happy team dia sokong kalah.
;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan