01 Julai 2014

Ramadhan 1435H kami.



Selamat berpuasa semua.
Macam mana puasa korang? Penuh lagi?
Haha.

Sebelum Ramadhan lagi, I dan Azreen dah terfikir, macam manalah Ramadhan kami tahun ni dengan anak-anak. Azreen siap cakap, mesti disaster time berbuka, lepas tu tak tentu arah dengan anak dua orang lagi, dengan yang seorang yang suka explore macam-macam dan seorang lagi yang tak reti duduk diam semua benda yang dia nak pegang.


MIL ajak je I berbuka di rumah dia sebab mengenangkan dia tahu I confirm tak menang tangan nak buat semua tapi dia bagi syarat, dapur semua bagi clear sebab lepas berbuka sebab dia nak pi terawikh dan sambung tadarus. Azreen kemain suka la nak berbuka rumah mak dia hari-hari, tapi I pula macam segan. Kot sekali-sekala tu takpa lah, ni hari-hari? Malu oi. Lagi satu, macam malas lak, kang lepas berbuka nak berhangkut pula dengan anak-anak balik rumah sendiri.

Hari pertama puasa, kami berbuka di rumah ibu di Melaka. So, dapat lah relaks sikit. Balik rumah ibu, dah tentu ibulah yang masak lauk berbukanya. Kami adik-adik tukang hidang. Iman Raneeya macam biasa, dia akan excited bila lihat benda yang pelik-pelik. Since ramai, kami semua makan hidang di bawah je. Bila tengok lauk yang banyak bersusun, Iman Raneeya jadi tak tentu arah siap tanya kenapa susun lauk banyak-banyak? Lepas tu time berbuka asyik melayan dia je lah yang semua menu dia nak rasa. Tu nak, ni nak, tapi makannya tidak. Adik pulak, sibuk nak jalan. Terlepas pandang sikit je, kaki memang hampir masuk mangkuk lauk lah.

Hari kedua, berbuka di rumah sendiri. Lupa nak defrost ayam ikan sesiap, so, hari kedua, I masak apa yang ada jelah. Even masa pejabat tamat 4.30, dalam pukul 6 jugalah kami sampai rumah sebab banyak stesen kena singgah. Zas zas zas siaplah lauk berbuka,  suhun masak air dengan telur. Lepas tu goreng dada ayam je. Ni kalau Mak Azreen tengok anak dia berbuka lauk tu je, mesti sedih dia. Haha. Ampunlah mak. Dah itu je yang kita sempat masak :p

Sambil masak lauk berbuka, selang seli juga basuh  baju dan sidai baju. Siap masak, mandikan anak-anak dan bapaknya juga, siap untuk berbuka. Time berbuka tu memang challenging juga la. Maunya tak, dengan Iman Raneeya yang sibuk buat eksperimen, campur lauk dengan nasi lah, celup sudu lauk dalam cawan Mummy dia lah, adik pulak yang semua benda yang nak ditarik dan dipanjatnya, memang kami suami isteri muka macam gorila dah time berbuka. Nak buat-buat gelak pun, tak berapa nak bernafsu dah sebab masing-masing penat kan, so hadapkan je lah semua sambil berbuka.

Lepas berbuka, laju-laju kemas, solat dan tidurkan adik sebab I nak keluar pergi training pula. Ya, training! Tahun ni, kami ada training bola tampar dua kali seminggu di malam hari. So, I memang adjust time seboleh yang mungkin untuk semua tu. So far, semalam I pergi training, ok je I tinggalkan tiga beranak tu. Siap I suruh Azreen tidurkan Iman Raneeya, dengan dia-dia sekali tidur juga sampai I habis training. Kemain kannn, ambil kesempatan betul!

Gitulah serba sedikit kisah Ramadhan kami tahun ni.
Hari pertama dan kedua sudah.
Lepas ni mengadap pula hari ketiga dan seterusnya.
Chaiyok Azreen, chaiyok Ain!
Semoga tabah.
Kahkahkah.



2 ulasan:

  1. Hahahaha kite boleh bayangkan anak anak akak masa berbuka. Havoccc. :P

    BalasPadam