18 Julai 2014

Persiapan raya.


Harini 20 hari dah orang puasa. Sembilan hari lagi raya dah. Cepat je kan masa berlalu?

Persiapan raya tahun ni ada yang dah dibuat awal, ada yang belum dan ada yang macam alahai, tak payah lah buat. Haha. Mood raya up and down sekarang ni. Lagi-lagi pagi ni dikejutkan pula dengan berita MH17 tu, terus tambah sayu je nak sambut lebaran.

Macam-macam kan dugaan di bulan puasa ni? Dengan Gazanya, dengan Kikinya, dan kalau tengok FB tu, semua nak jadi pemberita, semua nak jadi penganalisis dan pengkritik dan macam-macam lagi. Apa  nak jadi dengan dunia ni?

Apapun, untuk budak dua ketul tu,  persiapan raya diorang memang dah dibuat awal puasa haritu. Baju semua dah siap, tinggal kasut je nak carikan seorang sepasang. Azab juga bawa dua-dua tu shopping raya. Dengan yang seorang nya asyik menyorok bawah tempat gantung baju, dengan seorang lagi meragam sebab demam siap muntah dalam kedai, memang terasa nak buka puasa je lah sebab penat nak melayan.

This year, I layankan jugalah permintaan Azreen yang nak pergi Jalan TAR sebab dah dua tahun kot dia tak dapat pergi sana sebab I tak kuasa nak layan. Penat oi pergi sana time puasa. Azreen memang suka pergi sana. Dia kata, feeling nak raya sangat bila pergi Jalan TAR. Tengok orang jual baju rayanya, kuih rayanya, artis shooting raya lagi. Erghhhh, bukan tempat I lah tu!

Belanja korang satu gambar FS ni. Slim weh dia even preggy!
Siap jumpa Fasha Sandha sekeluarga ha tengah shooting. Azreen kan main beriya menengok. Siap offer I tak nak ambil gambar dengan Fasha Sandha ke? Panas lah bang oi. Tak lalu deh I nak ambil gambar dengan retisss. Ada juga jumpa retis lain, tapi I tak kenal pun even Azreen beriya explain dan siap nyanyikan juga lagu tu tok I ingat.

Tahun ni juga, I awal-awal haritu je macam excited nak beraya. Bila dah bulan puasa, then dengar lagu raya, terus sedih fikirkan nenek I yang makin uzur tu. Sedih. Sedih sebab dia dah tak macam dulu lagi. Bahagian dia Tuhan dah tentukan gitu, bahagian kita nanti tah macam mana lah pula.

Tu jelah cerita persiapan raya tahun ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan