02 Julai 2014

Anak buah baru.

Alhamdulillah, adik kedua I telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam di Hospital KPJ Kajang. Awal dua hari dari due date.  Berat baby 3.2 kg. Alhamdulillah juga Tuhan permudahkan urusan bersalin dia. Pagi tu dalam pukul 11 lebih dia WA inform dah masuk bilik bersalin sebab dah buka 4cm, siap taip sekali, weh aku nervous, takut lah. Tapi I tak layankan pun. Haha. Then dalam pukul tiga lebih macam tu, husband dia WA, dah selamat dah.

=)
Bertambah lagi ahli keluarga baru raya nanti. Meriah lah raya kita ya sambil lawan anak siapa nangis paling kuat nanti. Haha.


Baby 'A' with Mak Long. Takda nama lagi ni sebab Mama dia prepare nama Aira Daniya dengan harapan anak dia yang keluar nanti perempuan. Haha.


Semalam, pergi tengok dia lepas berbuka. Kajang dengan Mantin dokek je tau, tapi macam biasa lah, kalau bawa NSAS, kalau tak sesat barat memang tak sah. Hangin je Azreen dengan confident level I bagi direction jalan. :p

Assalamualaikum Baby A & welcome to our wonderful family. Semoga menjadi anak yang soleh nanti sayang. Jangan kuat menjerit macam abang Arif Daniyal tau.
Haishhh, geramnya bau baby!

3 ulasan: