18 Jun 2014

Iman Reezqy setahun sudah!

Menjadi emak ni, kalau boleh, kau nak sentiasa adil dan saksama je. Sentiasa cuba tak pilih kasih, kasih sayang dibagi seimbang sama rata, biar anak tiada rasa Mummy sayang adik lebih, kakak Mummy tak sayang.

Haha.

Macam tu jugalah photoshoot setahun ni.

Since dalam bilik dah terpampang gambar kakak setahun di dinding, si adik pula takkan takda langsung gambar dia pula kan? Oleh itu, untuk berlaku adil sesama beradik, marilah kita realisasikan, walaupun masuk umur setahun haritu, adik ditimpa macam-macam hal sampai masuk hospital, kita tetap usahakan jugalah agar gambar adik dapat dicapture. Tak gunakan khidmat white studio yang betul pun takpelah dik kan, janji gambar adik ada dan nampak cantik sudah.











Antara gambar-gambar adik yang akan diedit sikit lepas tu nanti Mummy cuci gantung di dinding.
Jadilah dari takda. Tema memang saje je bagi adik separa bogel pakai diapers je. Dulu nak buat kakak macam ni, tapi since kakak perempuan, sok dah besar, malu pulak dia tengok gambar setahun dia, maka tema ni kita bagi kat adik pula.

=)

Kepada Encik Photog (dia tak bagi mention nama), terima kasih ya. Terima kasih juga sebab sanggup bertahan menghadap aksi anak-anak akak ni.  Tak senang duduk dibuatnya. Habis tunggang-langgang set dua  beradik ni kerjakan. Baru dia percaya, memang tak mudah nak handle the Imans ni. Ambil masa jugalah nak suruh the Imans duduk diam dan poloh-poloh dibuatnya kan?

Haha.

3 ulasan:

  1. Alahaiii comelnyaaa. Selamat hari jadi iman Reezqy ! ^^

    BalasPadam
  2. alolooo comeynyeee...
    1st time acik jumpe awk, awk dlm perot lg tao, ni dh stahun dahh..cepat je membesar yer :)

    BalasPadam