10 Jun 2014

For steamboat & BBQ lover!

Korang suka makan steamboat?

I suka.
Suka sangat.
Kalau boleh hari-hari berstemboat je pun I rela.
Tapi sejak kahwin ni, kena fikirkan tekak suami dan anak-anak juga. Memang tak dapek lah nak hadap steamboat sokmo. Lagi-lagi kalau kau dapat suami muka bando tekak kampung yang nak nasi je, takda maknanya ok nak masak rebus-rebus celup tu.
Haha.

So far, tekak I kata sos steambot Johnnys adalah yang terbaik. Yang kedua terbaik, sos kedai H&H kat Kg. Gebok, Mantin.
Kalau BBQ or grill grill ni, ada cili sos pun itu dah terbaik kat tekak I.

Untuk orang yang suka makan steamboat dan makan grill grill ni, korang kena ada satu gajet macam gambar bawah ni. Banyak kelebihan tau kalau ada gajet ni.

1. Tak payah nak hidupkan arang dah kalau nak grill lamb or chicken. Ia guna letrik. Korang kena bersedia bayar bil letrik lebih je lah. ark ark ark.
2. Tak payah poloh-poloh tiak or bertolak-tolak dah nak suruh siapa grill. *bab ni sepupu I memang suka ngelat.
3. Kalau nak buat makan-makan, tak payah susah-susah masak dah. Sediakan bahan basah, nak grill, beli yang dah siap marinate semua, then boleh on majlis dah. Very the easy breezy covergirl uols!
4. Gajet ni pengerat silaturrahim. Sambil masak sambil borak, sambil tunggu turn nak masak sambil buat air, sambil-sambil tu suami masakkan untuk isteri tersayang, eh!
5. Gajet ni senang basuh  dan senang simpan.

Ha, siapkan list kan semua kebaikan kemain. Eh, korang jangan ingat i promote benda ni lak. Tak pun. I saja tulis sebab sharing is caring kan?

Ha, nilah gajet tu. Siap nak bakar pizza pun boleh. Kau hado??? Takdo? Kalau takdo silah lah pi google siapa yang ada jual. Haha.

Dah beli gajet, lepas tu ada pulak tumbuhan dan haiwan ni untuk dikerjakan, tak ke gumbira masa bersama keluarga korang kan?


Apapun, alangkah indahnya kalau ada orang hadiahkan untuk I satu benda ni.
Haha.

:p

2 ulasan:

  1. YaAllah , alangkah indahnya orang tu bagi kak ain dua. Kak ain kasi kita bagus. :P

    BalasPadam
  2. aku tak dapat baca post ni la... maknenye post ni bukan untuk aku neh. =P

    BalasPadam