22 April 2014

Udang paprik dan sayur bayam goreng tauhu kering dengan bebola ayam.



Bahan-bahan:
Segenggam bayam, potong ikut suka nak bentuk apa, basuh bersih.
Bebola ayam hiris nipis tak nipis sangat la.
Tauhu kering hiris nipis juga.
Sebiji bawang merah sederhana besar dihiris.
Seulas bawang putih dihiris.
Setengah kiub ikan bilis knorr *ni sebab kes malas nak kopek ikan bilis
1/4 cawan air
Garam ikut suka nak banyak mana.

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih. Dah naik bau, masuk kiub ikan bilis dan masukkan air.
2. Didihkan kuahnya, masukkan tauhu kering. Bagi tauhu kembang.
3. Kemudian masukkan bayam dan bebola ayam.
4. Kacau rata. Rasa. Kalau tak cukup masin tambahlah garam.
5. Siap dan hidang.

Bahan-bahan:
Segengam udang, buang kulit, buang kepala, buat urat belakang dia, basuh  bersih.
7-8 biji baby carrot, hiris nipis.
Sebiji bawang merah hiris.
Sebiji bawang putih hiris.
10 biji cili padi belah dua.
Sos cili + sos tiram ikut lidah masing-masing nak rasa cemana.
Daun limau purut sesedap bau.
Garam sesedap rasa.

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, bawang putih bagi naik bau.
2. Masukkan cili padi dan baby carrot.
3. Masukkan sos, garam, daun limau purut ikut rasa lidah masing-masing. Kalau takde rasa, adjustlah tiga  bahan tu. Pepandai lah, masak cecampak kan?
4. Masukkan udang. Gaul rata.
5. Udang dah tukar warna, angkat dan hidang.


Udang paprik dan sayur bayam goreng tauhu kering dengan bebola ayam lawankan dengan bubur nasi panas, lepas tu tabur telur dadar hancur di atas, memang makan asyik  menambah je lah tak boleh berhenti.

=)

5 ulasan:

  1. sedapnyaaaa,gambar pon dh nampak sedappp.resipi pleaseeee.hehehe

    BalasPadam
  2. ko pepagi dah buat aku lapo kan???
    wehh ajo aku masak mekk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mi, masak cecampak je lah.
      Sekarang ni nak belajar, google je. Easy breezy covergirl!

      Padam